PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Kejadian 47
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

Rangka Kejadian

      • Yakub berjumpa dengan Firaun (1-12)

      • Pentadbiran Yusuf yang baik (13-26)

      • Orang Israel tinggal di Gosyen (27-31)

Kejadian 47:1

Rujukan Silang

  • +Kej 46:31
  • +Kej 45:10; Kel 8:22

Kejadian 47:2

Rujukan Silang

  • +Kis 7:13

Kejadian 47:3

Rujukan Silang

  • +Kej 12:16; 26:12, 14; 31:17, 18; 46:33, 34

Kejadian 47:4

Rujukan Silang

  • +Kej 15:13; Ul 26:5; Mz 105:23; Kis 7:6
  • +Kis 7:11
  • +Kej 45:10

Kejadian 47:6

Rujukan Silang

  • +Kej 45:17, 18

Kejadian 47:9

Nota kaki

  • *

    Atau “penduduk asing.”

  • *

    Atau “penduduk asing.”

Rujukan Silang

  • +Ayb 14:1, 2
  • +Kej 25:7; 35:28

Kejadian 47:11

Rujukan Silang

  • +Kej 45:10; Kel 1:8, 11; 12:37; Bil 33:3

Kejadian 47:13

Rujukan Silang

  • +Kej 41:30, 31

Kejadian 47:14

Rujukan Silang

  • +Kej 41:56; 44:25

Kejadian 47:21

Rujukan Silang

  • +Kej 41:48, 49

Kejadian 47:22

Rujukan Silang

  • +Kej 41:45

Kejadian 47:24

Rujukan Silang

  • +Kej 41:34

Kejadian 47:25

Rujukan Silang

  • +Kej 45:5; Kis 7:11
  • +Kej 47:19

Kejadian 47:26

Rujukan Silang

  • +Kej 47:22

Kejadian 47:27

Rujukan Silang

  • +Kej 47:4
  • +Kel 1:7; Ul 10:22; Mz 105:24; Kis 7:17

Kejadian 47:28

Rujukan Silang

  • +Kej 47:9

Kejadian 47:29

Nota kaki

  • *

    Cara orang pada zaman kuno memberikan kepastian bahawa sumpahnya tidak akan berubah.

  • *

    Atau “dan kasih setia.”

Rujukan Silang

  • +Kej 49:33
  • +Kej 46:4; 50:13; Kis 7:15, 16

Kejadian 47:30

Rujukan Silang

  • +Kej 25:9, 10; 49:29, 30

Kejadian 47:31

Rujukan Silang

  • +Kej 50:5
  • +Ibr 11:21

Lain

Kej. 47:1Kej 46:31
Kej. 47:1Kej 45:10; Kel 8:22
Kej. 47:2Kis 7:13
Kej. 47:3Kej 12:16; 26:12, 14; 31:17, 18; 46:33, 34
Kej. 47:4Kej 15:13; Ul 26:5; Mz 105:23; Kis 7:6
Kej. 47:4Kis 7:11
Kej. 47:4Kej 45:10
Kej. 47:6Kej 45:17, 18
Kej. 47:9Ayb 14:1, 2
Kej. 47:9Kej 25:7; 35:28
Kej. 47:11Kej 45:10; Kel 1:8, 11; 12:37; Bil 33:3
Kej. 47:13Kej 41:30, 31
Kej. 47:14Kej 41:56; 44:25
Kej. 47:21Kej 41:48, 49
Kej. 47:22Kej 41:45
Kej. 47:24Kej 41:34
Kej. 47:25Kej 45:5; Kis 7:11
Kej. 47:25Kej 47:19
Kej. 47:26Kej 47:22
Kej. 47:27Kej 47:4
Kej. 47:27Kel 1:7; Ul 10:22; Mz 105:24; Kis 7:17
Kej. 47:28Kej 47:9
Kej. 47:29Kej 49:33
Kej. 47:29Kej 46:4; 50:13; Kis 7:15, 16
Kej. 47:30Kej 25:9, 10; 49:29, 30
Kej. 47:31Kej 50:5
Kej. 47:31Ibr 11:21
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
  • 15
  • 16
  • 17
  • 18
  • 19
  • 20
  • 21
  • 22
  • 23
  • 24
  • 25
  • 26
  • 27
  • 28
  • 29
  • 30
  • 31
Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
Kejadian 47:1-31

Kejadian

47 Maka Yusuf berkata kepada Firaun,+ “Bapa dan adik-beradik hamba sudah datang dari Kanaan bersama biri-biri, kambing, dan lembu serta segala harta milik mereka. Sekarang mereka berada di Gosyen.”+ 2 Yusuf memilih lima orang adik-beradiknya dan membawa mereka menghadap Firaun.+

3 Firaun bertanya kepada mereka, “Apakah pekerjaan kamu?” Mereka menjawab, “Hamba sekalian gembala biri-biri, seperti nenek moyang hamba sekalian.”+ 4 Mereka berkata lagi, “Hamba sekalian datang ke sini untuk menetap sebagai orang asing,+ kerana kebuluran di Kanaan sangat teruk sehingga tidak ada rumput untuk ternakan.+ Oleh itu, hamba sekalian ingin memohon agar diizinkan untuk tinggal di Gosyen.”+ 5 Maka Firaun berkata kepada Yusuf, “Bapa kamu dan adik-beradik kamu telah datang kepadamu. 6 Seluruh Mesir berada di bawah kuasamu. Oleh itu, suruhlah mereka tinggal di tempat yang paling baik di negeri ini.+ Biarlah mereka tinggal di Gosyen. Jika ada orang yang cekap dalam kalangan mereka, tugaskanlah orang itu untuk menjaga ternakan beta.”

7 Yusuf juga membawa bapanya Yakub untuk menghadap Firaun. Kemudian Yakub memberkati Firaun. 8 Firaun bertanya kepada Yakub, “Berapakah umurmu?” 9 Yakub menjawab, “Hamba sudah hidup 130 tahun sebagai pengembara.*+ Hidup hamba ini singkat dan penuh dengan kesukaran, tidak seperti panjangnya umur nenek moyang hamba yang hidup sebagai pengembara.”*+ 10 Selepas itu, Yakub memberkati Firaun lalu beredar dari hadapannya.

11 Yusuf membantu bapa dan adik-beradiknya agar mereka dapat menetap di Mesir. Dia memberi mereka tanah yang terbaik di negeri itu, iaitu tanah di Rameses,+ seperti yang diperintahkan oleh Firaun. 12 Yusuf terus membekalkan makanan kepada bapanya dan adik-beradiknya serta seluruh rumah tangga bapanya. Dia memberi mereka makanan sesuai dengan jumlah anak-anak mereka.

13 Seluruh negeri Mesir dan Kanaan kehabisan makanan kerana kebuluran sangat teruk. Penduduk di tempat itu menjadi lemah dan tidak berdaya kerana kebuluran itu.+ 14 Apabila orang dari Mesir dan Kanaan datang untuk membeli biji-bijian,+ Yusuf mengumpulkan semua wang mereka lalu menyimpannya di istana Firaun. 15 Beberapa lama kemudian, semua orang di Mesir dan Kanaan kehabisan wang. Mereka datang kepada Yusuf lalu berkata, “Wang kami sudah habis. Tolonglah beri kami makanan! Janganlah biarkan kami mati di hadapanmu.” 16 Yusuf berkata, “Jika wang kamu sudah habis, berikanlah ternakanmu kepada aku, lalu aku akan memberikan makanan kepada kamu sebagai ganti ternakanmu itu.” 17 Maka mereka pun membawa ternakan mereka kepada Yusuf. Yusuf pula memberi mereka makanan sebagai ganti untuk kuda, biri-biri, kambing, lembu, dan keldai mereka. Sepanjang tahun itu, Yusuf memberikan makanan kepada mereka sebagai ganti semua ternakan mereka.

18 Setelah tahun itu berakhir, mereka datang menghadap Yusuf pada tahun berikutnya dan berkata, “Kami berterus terang kepada tuan bahawa wang kami sudah habis dan ternakan kami sudah diberikan kepada tuan. Kami tidak ada apa-apa lagi yang dapat diberikan kepada tuan kecuali diri kami sendiri dan tanah kami. 19 Janganlah biarkan kami mati di hadapanmu, dan janganlah biarkan tanah kami menjadi tandus. Belilah kami dan tanah kami dengan makanan. Kami akan menjadi hamba Firaun, dan tanah kami akan menjadi miliknya. Berilah kami benih supaya kami dapat terus hidup, dan supaya tanah kami tidak terbiar.” 20 Maka Yusuf pun membeli semua tanah orang Mesir untuk Firaun. Setiap orang Mesir menjual ladang mereka kerana kebuluran itu sangat teruk. Lalu semua tanah di Mesir menjadi milik Firaun.

21 Kemudian Yusuf memerintahkan orang yang tinggal di merata tempat di Mesir untuk berpindah ke kawasan kota.+ 22 Hanya tanah para imam yang tidak dibeli oleh Yusuf.+ Para imam tidak perlu menjual tanah mereka kerana mereka menerima makanan daripada Firaun. 23 Lalu Yusuf berkata kepada rakyat, “Hari ini aku telah membeli kamu dan tanah kamu untuk Firaun. Ambillah benih ini untuk ditanam di ladang. 24 Apabila kamu menuai hasilnya, berikanlah satu perlima kepada Firaun.+ Yang selebihnya boleh kamu gunakan sebagai benih, dan sebagai makanan bagimu, anak-anakmu, dan seisi rumah tanggamu.” 25 Lalu mereka berkata, “Tuan telah menyelamatkan nyawa kami.+ Semoga tuan senang hati dengan kami; kami rela menjadi hamba Firaun.”+ 26 Kemudian Yusuf menjadikan hal itu undang-undang di Mesir, iaitu satu perlima daripada hasil tuaian mesti menjadi milik Firaun. Sampai hari ini, undang-undang itu masih dipatuhi. Hanya tanah milik para imam yang tidak menjadi milik Firaun.+

27 Demikianlah orang Israel tinggal di Gosyen di Mesir.+ Mereka terus menetap di situ dan beranak cucu sehingga bilangan mereka bertambah banyak.+ 28 Yakub tinggal di Mesir selama 17 tahun sehingga dia berusia 147 tahun.+

29 Apabila Israel hampir meninggal,+ dia memanggil anaknya Yusuf lalu berkata, “Jika ayah menyenangkan hatimu, letakkanlah tanganmu di bawah pahaku.* Tunjukkanlah kesetiaan dan kebaikan hati* kepadaku. Tolong jangan mengebumikan aku di Mesir.+ 30 Apabila aku mati, bawalah mayatku keluar dari Mesir dan kebumikanlah aku di kuburan nenek moyangku.”+ Yusuf pun berkata, “Saya akan melakukan apa yang ayah suruh.” 31 Yakub berkata, “Bersumpahlah kepadaku.” Maka Yusuf bersumpah kepada bapanya+ yang sedang duduk di kepala katil, dan Israel membongkok lalu berdoa.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi