Ayub
29 Ayub meneruskan ucapannya,
2 “Seandainya keadaanku seperti pada masa lalu,
Pada waktu Tuhan melindungi aku,
3 Ketika Tuhan menyinarkan cahaya-Nya ke atasku,*
Semasa Dia menerangi kegelapan yang harus kutempuh,+
4 Ketika aku masih muda dan perkasa,
Dan semasa Tuhan menjadi sahabatku yang sentiasa bersamaku.+
5 Pada waktu itu Tuhan Yang Maha Kuasa menyertai aku,
Dan semua anakku* ada di sampingku.
6 Pada masa itu, aku hidup mewah dan menikmati susu yang berlimpah-limpah,
Bahkan gunung batu mencurahkan minyak zaitun bagiku.+
7 Pada ketika itu, aku selalu pergi ke gerbang kota+
Dan mengambil tempat duduk di dataran kota.+
8 Orang muda memberi laluan apabila melihat aku,
Bahkan orang tua pun bangun untuk menghormati aku.+
9 Semasa melihat aku, para pemimpin berhenti bercakap;
Mereka seolah-olah menutup mulut dengan tangan mereka.
10 Orang kenamaan juga tidak bersuara;
Lidah mereka seolah-olah melekat pada lelangit mulut mereka.
11 Semua orang yang mendengar tentangku memuji aku,
Dan mereka yang melihat aku memuliakan aku,
12 Kerana aku menyelamatkan orang miskin yang berseru meminta tolong.+
Aku membantu anak yatim dan sesiapa sahaja yang memerlukan pertolongan,+
14 Kebaikan bagaikan pakaianku,
Dan keadilan bagaikan serban dan jubahku.
15 Aku menjadi mata bagi orang buta,
Dan aku menjadi kaki bagi orang tempang.
17 Aku mematahkan rahang orang jahat,+
Dan menyelamatkan orang yang menjadi mangsa mereka.
18 Aku selalu berkata, ‘Bagaikan butir pasir yang banyak, demikianlah jumlah hari kehidupanku.
Aku akan mati di rumahku sendiri.+
19 Aku umpama pokok yang akarnya menyerap banyak air,
Dan sepanjang malam, embun akan membasahi dahan-dahanku.
20 Orang sentiasa memuliakan aku,
Dan kekuatanku tidak pernah berkurang.’
21 Orang sangat berharap untuk mendengar kata-kataku;
Mereka berdiam diri dan menantikan nasihatku.+
22 Sehabis aku bercakap, orang tidak akan menambah apa-apa lagi;
Bagi mereka, nasihatku bagaikan titisan air hujan yang membasahi tanah yang gersang.
23 Seperti petani yang menantikan hujan, mereka menunggu kedatanganku;
Seperti orang yang menantikan hujan musim bunga, mereka teringin sekali mendengar kata-kataku.+
24 Mereka hampir tidak percaya apabila aku senyum kepada mereka;
Seri wajahku meyakinkan dan menenangkan jiwa mereka,*