Ayub
40 Yehuwa berfirman lagi kepada Ayub,
2 “Patutkah manusia menentang dan menyalahkan Tuhan Yang Maha Kuasa?+
Biarlah orang yang ingin membantah Tuhan memberikan jawapan.”+
3 Maka Ayub berkata kepada Yehuwa,
4 “Siapakah aku ini?+
Apakah yang dapat aku katakan kepada-Mu?
Dengan tanganku, aku menutup mulutku.+
5 Sudah berkali-kali aku bercakap,
Tetapi aku tidak akan menjawab atau berkata-kata lagi.”
6 Kemudian dari angin ribut, Yehuwa berfirman lagi kepada Ayub,+
7 “Bersedialah seperti lelaki yang gagah;
Aku akan bertanya kepadamu, dan engkau mesti menjawab.+
8 Adakah engkau hendak mempersoalkan keadilan-Ku?
Adakah engkau mahu menyalahkan Aku supaya engkau terbukti benar?+
10 Tunjukkanlah kemuliaan dan kekuasaanmu;
Perlihatkanlah keagungan dan keunggulanmu.
11 Curahkanlah kemarahanmu yang menyala-nyala;
Perhatikanlah semua orang yang sombong, dan rendahkanlah mereka.
12 Ya, lihatlah semua orang yang angkuh dan tundukkanlah mereka;
Remukkanlah orang jahat sekarang juga!
13 Kuburkanlah mereka di dalam debu,
Kurunglah mereka di tempat yang gelap.
14 Maka Aku sendiri akan mengakui bahawa*
Engkau dapat menyelamatkan dirimu dengan kekuatanmu sendiri.
15 Sekarang perhatikanlah Behemot,* yang makan rumput seperti lembu.
Seperti engkau, Behemot juga merupakan ciptaan-Ku.
16 Lihatlah kekuatan pada kakinya,
Dan tenaga pada otot perutnya!
17 Ekornya keras seperti kayu sedar,
Dan urat-urat ototnya berjalinan.
18 Tulangnya seperti tiub tembaga,
Dan kakinya seperti batang besi.
19 Behemotlah yang paling menonjol antara ciptaan-Ku.
Hanya Aku, Penciptanya, yang dapat menangkap atau membunuhnya.
20 Gunung-gunung menghasilkan makanan baginya.
Di sanalah semua binatang liar bermain-main.
21 Behemot berbaring di bawah belukar berduri,
Dan bersembunyi di antara rumput-rumput tinggi di paya.
22 Belukar berduri menaunginya,
Dan pokok poplar di lembah* mengelilinginya.
23 Meskipun arus sungai sangat deras, Behemot tidak takut.
Biarpun arus Sungai Yordan+ melanda mukanya, Behemot tetap tenang.
24 Dapatkah sesiapa datang kepadanya dan menangkapnya?
Dapatkah sesiapa menusuk hidungnya dengan cangkuk?