Mazmur
Untuk pengarah muzik; diselaraskan dengan Syeminit.* Lagu yang digubah oleh Daud.
12 Selamatkanlah aku, ya Yehuwa, kerana tiada lagi orang yang setia;
Orang yang dapat dipercayai sudah lenyap daripada kalangan umat manusia.
2 Mereka saling berdusta dan mengampu dengan kata-kata;
Mereka memperdaya orang kerana hati mereka licik.+
3 Ya Yehuwa, Engkau akan menghapuskan semua orang yang suka mengampu;
Engkau akan membinasakan semua orang yang suka bercakap besar.+
4 Engkau juga akan melenyapkan orang yang berkata, “Lidah kami mendatangkan kemenangan bagi kami.
Kami akan bercakap sesuka hati.
Tiada sesiapa pun yang akan berkuasa atas kami.”+
5 Yehuwa berfirman, “Aku akan bangkit dan bertindak
Demi orang yang ditindas
Dan demi orang miskin yang berkeluh-kesah.+
Aku akan menyelamatkan mereka daripada orang yang membenci mereka.”
7 Ya Yehuwa, Engkau akan menjaga mereka;+
Engkau akan sentiasa melindungi mereka semua daripada generasi yang jahat ini.
8 Orang jahat bebas pergi ke mana sahaja
Kerana manusia menyanjung perkara yang keji.+