Mazmur
149 Pujilah Yah!*
2 Hendaklah orang Israel bersukacita kerana Pencipta Agung mereka;+
Hendaklah penduduk Sion bergembira kerana Raja mereka.
3 Hendaklah mereka menari sambil memuji nama-Nya;+
Hendaklah mereka menyanyikan pujian kepada-Nya* dengan iringan tamborin dan kecapi.+
4 Yehuwa berkenan kepada umat-Nya.+
Dia menyelamatkan orang yang rendah hati supaya mereka dimuliakan.+
5 Hendaklah umat Tuhan yang setia bersukacita kerana kemuliaan yang dikurniakan kepada mereka;
Hendaklah mereka berseru dengan gembira di tempat tidur mereka.+
6 Hendaklah mereka menyanyikan lagu untuk memuji Tuhan;
Hendaklah mereka memegang pedang bermata dua,
7 Untuk melaksanakan pembalasan terhadap bangsa-bangsa
Dan membawa hukuman terhadap suku-suku bangsa,
8 Untuk membelenggu raja-raja mereka
Dan mengikat para bangsawan mereka dengan rantai besi,
9 Dan untuk melaksanakan hukuman terhadap mereka semua, seperti yang tertulis.+
Demikianlah kemuliaan yang diberikan kepada semua umat-Nya yang setia.
Pujilah Yah!*