Mazmur
Doa Daud.
17 Ya Yehuwa, dengarkanlah rayuanku meminta keadilan;
Perhatikanlah seruanku meminta tolong;
Dengarkanlah doaku yang diucapkan dengan ikhlas.+
2 Semoga mata-Mu memerhatikan apa yang benar;+
Semoga Engkau mengadili perkaraku dengan saksama.
3 Engkau memperhatikan aku pada waktu malam,+
Engkau memeriksa hatiku, dan Engkau memurnikan aku;+
Engkau tidak akan mendapati niat jahat pada diriku,
Dan Engkau tidak akan mendapati ucapan jahat pada mulutku.
4 Selaras dengan firman-Mu, aku menghindari haluan orang yang melakukan keganasan;
Aku tidak dipengaruhi oleh apa yang dilakukan orang lain.+
5 Semoga aku terus berjalan mengikut haluan-Mu
Agar kakiku tidak tersandung.+
6 Dengarlah* doaku dengan teliti dan perhatikanlah kata-kataku.+
Aku berseru kepada-Mu, ya Tuhan, kerana Engkau pasti akan mendengarkan seruanku.+
7 Tunjukkanlah kasih setia-Mu; lakukanlah perkara-perkara yang hebat;+
Engkaulah Penyelamat orang yang berlindung di bawah tangan-Mu yang perkasa;
Bebaskanlah mereka daripada orang yang memberontak terhadap-Mu.
9 Kerana orang jahat menyerang aku,
Dan kerana musuh-musuhku mengepung aku.+
10 Mereka tidak berhati perut;
Mereka angkuh dan suka bercakap besar.
11 Mereka mengasak aku dari segala arah;+
Mereka menunggu peluang untuk menjatuhkan aku.
12 Musuhku bagaikan singa yang ingin mencabik-cabik mangsanya,
Dan seperti singa muda yang bersembunyi menantikan mangsanya.
13 Ya Yehuwa, bangkitlah untuk menentang+ dan mengalahkan musuhku;
Dengan pedang-Mu, selamatkanlah aku daripada orang jahat;
14 Ya Yehuwa, dengan tangan-Mu yang kuat, selamatkanlah aku daripada orang zaman ini.
Engkau mengurniai mereka segala yang baik,+
Dan mereka mempunyai banyak harta untuk diwariskan kepada anak-anak mereka.
Walaupun begitu, mereka hanya bertumpu kepada kehidupan sekarang yang bersifat duniawi.+
15 Tetapi aku akan menikmati perkenan-Mu, kerana aku melakukan apa yang benar.
Setiap kali aku bangun, aku berasa puas hati kerana berada di hadirat-Mu.+