Mazmur
Untuk pengarah muzik. Lagu yang digubah oleh Daud. Sebuah mazmur.
68 Biarlah Tuhan bangkit dan mencerai-beraikan musuh-Nya;
Biarlah orang yang membenci-Nya melarikan diri dari hadapan-Nya.+
2 Biarlah mereka diusir seperti asap yang ditiup angin;
Biarlah orang jahat binasa di hadapan Tuhan
Seperti lilin yang dicairkan api.+
3 Tetapi biarlah orang baik bersukacita;+
Biarlah mereka bergembira di hadapan Tuhan;
Biarlah mereka bersorak-sorak dengan riang.
4 Bernyanyilah kepada Tuhan; bernyanyilah untuk memuji nama-Nya.+
Bernyanyilah kepada Dia yang melintasi padang gurun!*
Nama-Nya Yah!*+ Bersukacitalah di hadapan-Nya!
5 Tuhan tinggal di tempat kediaman-Nya yang suci;+
Dia ialah bapa kepada anak yatim dan pembela* bagi para balu.+
6 Tuhan menyediakan tempat tinggal untuk orang yang bersendirian;+
Dia membebaskan orang tawanan dan memberi mereka kemakmuran.+
Tetapi orang yang degil* pasti akan tinggal di negeri yang tandus.+
7 Ya Tuhan, ketika Engkau memimpin umat-Mu,+
Ketika Engkau menyeberangi gurun, (Selah)
8 Bumi bergoncang,+
Dan langit mencurahkan hujan kerana kehadiran-Mu.
Gunung Sinai bergegar kerana-Mu, ya Tuhan orang Israel.+
9 Ya Tuhan, Engkau menurunkan hujan yang lebat,
Dan Engkau menyegarkan umat-Mu yang letih lesu.
10 Ya Tuhan, umat-Mu tinggal di dalam khemah-khemah-Mu.+
Engkau menjaga keperluan orang yang miskin kerana kebaikan-Mu.
11 Yehuwa memberikan perintah kepada umat-Nya;
Wanita-wanita yang mengisytiharkan berita baik bagaikan angkatan tentera yang besar.+
12 Raja-raja dan tentera musuh sudah melarikan diri!+
Harta mereka dirampas dan dibahagikan kepada wanita yang berada di rumah.+
13 Meskipun kaum lelaki berbaring dekat unggun api,*
Mereka akan membawa pulang patung* burung merpati
Yang sayapnya disaluti perak dan emas tulen.
14 Apabila Tuhan Yang Maha Kuasa mencerai-beraikan raja-raja,+
Salji mula turun di Zalmon.
15 Betapa besarnya Gunung Basan,+
Gunung yang mempunyai banyak puncak!
16 Hai gunung yang mempunyai banyak puncak,
Mengapakah engkau memandang dengan cemburu terhadap gunung yang dipilih Tuhan* sebagai kediaman-Nya?+
Sesungguhnya, Yehuwa akan tinggal di situ buat selama-lamanya.+
17 Kereta kuda yang dimiliki Tuhan tidak terhitung banyaknya!*+
Yehuwa datang dari Gunung Sinai ke tempat yang suci.+
18 Ya Tuhan Yah, ketika Engkau naik ke tempat yang tinggi,+
Engkau membawa para tawanan dan menjadikan mereka kurnia berupa manusia;+
Engkau bahkan membawa orang yang degil bersama-Mu,+
Lalu Engkau tinggal dalam kalangan mereka semua.
19 Pujilah Yehuwa, Tuhan yang benar; Dialah Penyelamat kita.
Dia menanggung beban kita setiap hari.+ (Selah)
20 Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, membebaskan kita daripada kematian.+
Ya, Dialah Tuhan yang menyelamatkan kita!+
21 Tuhan akan meremukkan kepala musuh-musuh-Nya;
Dia akan menghancurkan kepala mereka yang terus melakukan dosa.+
22 Yehuwa telah berfirman, “Aku akan membawa mereka pulang dari Basan;+
Aku akan membawa mereka kembali dari lautan yang dalam,
23 Supaya kaki kamu dibasahi dengan darah musuh,
Dan supaya anjing kamu menjilat darah mereka.”+
24 Semua orang melihat perarakan kemenangan Tuhan,
Iaitu perarakan Tuhanku dan Rajaku, yang masuk ke tempat suci.+
25 Para penyanyi berjalan di hadapan, manakala pemain muzik* berjalan di belakang,+
Dan di antara mereka terdapat gadis-gadis yang memainkan tamborin.+
26 Pujilah Tuhan dalam perhimpunan orang ramai;
Hai semua keturunan Israel yang berasal daripada Yehuwa, pujilah Dia!*+
27 Benyamin,+ suku yang terkecil, menakluki bangsa-bangsa,
Begitu juga dengan para pemimpin Zebulon dan Naftali,
Serta para pemimpin Yehuda yang diikuti orang ramai yang bersorak-sorai.
28 Ya Tuhan, Engkau telah memerintahkan supaya kami diberi kekuatan.
Tunjukkanlah kuasa-Mu, ya Tuhan, seperti yang telah Engkau lakukan untuk kami.+
29 Raja-raja akan membawa persembahan kepada-Mu;+
Mereka akan membawa hadiah ke Rumah-Mu di Yerusalem.+
30 Tegurlah bangsa yang bagaikan binatang liar di kawasan rumput tinggi;
Tegurlah mereka yang bagaikan kawanan lembu jantan+ dan anak lembu,
Sehingga mereka semua bersujud dan mempersembahkan perak kepada-Mu.*
Cerai-beraikanlah orang yang suka berperang.
31 Barangan yang diperbuat daripada gangsa akan dibawa* keluar dari Mesir;+
Orang Kus akan bergegas membawa persembahan kepada-Mu.
32 Hai kerajaan-kerajaan di bumi, bernyanyilah kepada Tuhan,+
Nyanyikanlah pujian kepada Yehuwa! (Selah)
33 Bernyanyilah kepada Dia yang mengenderai langit purba yang tertinggi.+
Dengarlah suara-Nya yang guruh-gemuruh!
34 Isytiharkanlah kekuatan Tuhan,+
Yang lebih tinggi daripada langit.*
Pemerintahan-Nya atas bangsa Israel sungguh mulia.
35 Hendaklah semua orang takut dan hormat kepada Tuhan yang berada di tempat suci-Nya.+
Dia ialah Tuhan orang Israel,
Yang memberikan kuasa dan kekuatan kepada umat-Nya.+
Pujilah Tuhan!