Mazmur
Untuk pengarah muzik. Mazmur yang digubah oleh Daud untuk dijadikan peringatan.
70 Ya Tuhan, tolonglah selamatkan aku!
Ya Yehuwa, cepatlah datang untuk membantu aku!+
2 Biarlah semua orang yang ingin meragut nyawaku
Dimalukan dan dihina.
Biarlah orang yang suka melihat aku ditimpa malapetaka
Berundur dan mendapat aib.
3 Biarlah orang yang mencela aku
Berundur kerana berasa malu.
4 Tetapi biarlah orang yang mencari-Mu
Bergembira dan bersukacita kerana-Mu.+
Biarlah orang yang mengharapkan penyelamatan daripada-Mu selalu berkata,
“Semoga Tuhan diagungkan!”