Amsal
25 Inilah amsal-amsal* Salomo+ yang disalin dan disusun oleh para pegawai Raja Hizkia+ dari Yehuda:
2 Tuhan dimuliakan kerana merahsiakan suatu perkara,+
Dan raja-raja dimuliakan kerana memeriksa suatu perkara.
3 Seperti langit yang tinggi dan bumi yang dalam,
Demikianlah hati raja tidak dapat diselami.
4 Singkirkanlah kotoran daripada perak,
Agar mendapat perak yang murni sepenuhnya.+
5 Usirlah orang yang jahat dari hadirat raja,
Lalu keadilan akan mengukuhkan takhtanya.+
6 Jangan meninggikan diri di hadapan raja,+
Dan jangan mengambil tempat duduk dalam kalangan orang yang terkemuka,+
7 Kerana lebih baik raja berkata, “Marilah, duduk di sini,”
Daripada dia memalukan kamu di hadapan pembesar.+
8 Janganlah tergesa-gesa mengemukakan suatu perkara di mahkamah,
Kerana jika orang membuktikan kamu bersalah, apa lagi yang dapat kamu lakukan?+
9 Selesaikanlah perkara itu dengan orang yang berselisih denganmu,+
Tetapi jangan bongkar hal peribadinya,*+
10 Kerana orang yang mendengarnya akan memalukanmu,
Dan perkara buruk yang kamu sebarkan* tidak dapat ditarik balik.
11 Kata-kata yang diucapkan tepat pada waktunya
Bagaikan buah epal emas di dalam pinggan perak.+
12 Teguran yang diberikan oleh orang bijak kepada orang yang sudi menerimanya
Seperti anting-anting emas dan perhiasan emas tulen.+
13 Seorang utusan yang setia
Seperti minuman sejuk pada musim menuai,
Kerana dia menyegarkan jiwa tuannya.+
14 Orang yang bercakap besar bahawa dia hendak memberikan suatu hadiah tetapi tidak pernah memberikannya
Umpama angin dan awan yang tidak menurunkan hujan.+
15 Kesabaran dapat melembutkan hati orang yang berkuasa,
16 Jika kamu menjumpai madu, makanlah setakat yang kamu perlukan,
Kerana jika kamu memakan terlalu banyak, nanti kamu muntah pula.+
17 Janganlah terlalu sering mengunjungi rumah seseorang,
Supaya dia tidak berasa jemu terhadapmu dan membencimu.
18 Seperti belantan, pedang, dan anak panah yang tajam,
Demikianlah seseorang yang memberikan kesaksian palsu tentang orang lain.+
19 Mengharapkan seseorang yang tidak dapat dipercayai* pada masa kesusahan
Bagaikan berjalan dengan kaki yang tempang atau menggigit dengan gigi yang patah.
20 Menyanyikan lagu untuk orang yang pilu hatinya+
Bagaikan menanggalkan pakaian pada hari sejuk,
Dan bagaikan menuangkan cuka pada garam.*
21 Jika musuh kamu lapar, berilah dia roti untuk dimakan;
Jika dia dahaga, berilah dia air untuk diminum.+
22 Dengan demikian, kamu seperti melonggokkan bara yang bernyala di atas kepalanya,*+
Dan Yehuwa akan memberkatimu.
23 Angin utara membawa hujan lebat,
Dan umpatan mendatangkan kemarahan.+
24 Lebih baik tinggal di atas bumbung,
Daripada tinggal serumah bersama isteri yang suka bertengkar.*+
25 Berita baik dari negeri yang jauh
Bagaikan air sejuk bagi orang yang lelah.+
26 Orang baik yang menyerah kepada orang jahat
Ibarat mata air yang berlumpur dan perigi yang sudah dicemari.
28 Seseorang yang tidak dapat mengawal kemarahannya
Bagaikan kota yang temboknya telah dimusnahkan.+