PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Kidung Agung 3
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

Rangka Kidung Agung

    • GADIS SHULAM DI PERKHEMAHAN RAJA SALOMO (1:1–3:5)

    • GADIS SHULAM DI YERUSALEM (3:6–8:4)

        • Gadis-gadis Sion (6-11)

          • Perarakan Salomo digambarkan

Kidung Agung 3:1

Rujukan Silang

  • +Kid 1:7
  • +Kid 5:6

Kidung Agung 3:3

Rujukan Silang

  • +Kid 5:7

Kidung Agung 3:4

Rujukan Silang

  • +Kid 8:2

Kidung Agung 3:5

Rujukan Silang

  • +Kid 2:7; 8:4

Kidung Agung 3:6

Rujukan Silang

  • +Kel 30:23, 24, 34

Kidung Agung 3:7

Nota kaki

  • *

    Iaitu, alat yang berupa kerusi untuk membawa orang yang berpangkat tinggi.

Rujukan Silang

  • +1Ra 9:22

Kidung Agung 3:9

Rujukan Silang

  • +1Ra 5:8, 9

Kidung Agung 3:11

Nota kaki

  • *

    Atau “lingkaran bunga.”

Rujukan Silang

  • +2Sa 12:24; Ams 4:3

Lain

Kid. 3:1Kid 1:7
Kid. 3:1Kid 5:6
Kid. 3:3Kid 5:7
Kid. 3:4Kid 8:2
Kid. 3:5Kid 2:7; 8:4
Kid. 3:6Kel 30:23, 24, 34
Kid. 3:71Ra 9:22
Kid. 3:91Ra 5:8, 9
Kid. 3:112Sa 12:24; Ams 4:3
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
Kidung Agung 3:1-11

Kidung Agung

3 “Malam demi malam, di atas katilku,

Aku merindui kekasihku.+

Hatiku sedih kerana tidak berjumpa dengannya.+

 2 Aku bangun dan mengelilingi kota,

Aku pergi ke semua jalan dan dataran kota

Untuk mencari kekasihku.

Aku puas mencarinya tetapi tidak menjumpainya.

 3 Para pengawal yang meronda kota menemui aku,+

Lalu aku bertanya, ‘Adakah kamu nampak kekasihku?’

 4 Sebaik sahaja aku meninggalkan mereka,

Aku menemui kekasihku.

Aku memegangnya dan tidak mahu melepaskannya.

Aku membawanya ke tempat tinggal ibuku,+

Ke rumah ibuku yang melahirkan aku.

 5 Demi kijang dan rusa betina di padang,

Bersumpahlah, hai gadis-gadis Yerusalem:

Janganlah bangkitkan perasaan cinta dalam diriku sebelum saatnya tiba.”+

 6 “Siapakah yang datang dari padang belantara bagaikan kepulan asap?

Harumnya seperti mur dan kemenyan putih.

Ya, baunya seperti minyak wangi yang dijual oleh para pedagang.”+

 7 “Lihatlah! Itulah tandu* Salomo.

Tandu itu dikelilingi 60 orang pahlawan

Dari antara lelaki-lelaki Israel yang perkasa.+

 8 Semuanya memiliki pedang,

Dan semuanya terlatih dalam perang.

Masing-masing dengan pedangnya yang terikat pada pinggang.

Semuanya bersedia untuk menghadapi serangan pada malam hari.”

 9 “Itulah tandu Raja Salomo,

Yang dibuat bagi dirinya daripada pokok-pokok yang diambil dari Lebanon.+

10 Tiang-tiangnya diperbuat daripada perak

Dan sandarannya daripada emas.

Tempat duduknya beralaskan kain bulu ungu,

Dan bahagian dalamnya dihias dengan penuh kasih

Oleh gadis-gadis Yerusalem.”

11 “Hai gadis-gadis Sion, pergilah

Dan lihatlah Raja Salomo.

Dia memakai mahkota* yang dibuat oleh ibunya+

Pada hari perkahwinannya,

Pada hari hatinya bersukacita.”

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi