Kidung Agung
6 “Hai wanita yang paling jelita,
Di manakah kekasihmu?
Ke manakah kekasihmu pergi?
Marilah kita mencarinya bersama-sama.”
2 “Kekasihku telah pergi ke tamannya,
Ke batas-batas pokok rempahnya.
Dia menggembala kawanannya di padang yang indah,
Sambil memetik bunga-bunga bakung.+
3 Kekasihku milikku,
Dan aku miliknya.+
Dia menggembala kawanannya di antara bunga-bunga bakung.”+
4 “Hai sayangku,+ kamu secantik kota Tirza,+
Dan seindah kota Yerusalem.+
Kamu mempesonakan seperti bala tentera dengan panji-panji mereka.+
5 Palingkanlah pandanganmu+ daripadaku,
Kerana pandanganmu membuat aku tidak keruan.
Rambutmu bagaikan kawanan kambing
Yang menuruni pergunungan Gilead.+
6 Gigimu putih dan cantik seperti kawanan bebiri yang baru dicukur
Dan dimandikan oleh para gembala.
Semuanya tersusun rapi dengan sempurna;
Tiada satu pun yang hilang.
7 Di sebalik selubungmu, pipimu kelihatan
Seperti belahan buah delima.
8 Biarpun aku mempunyai 60 orang permaisuri
Dan 80 orang gundik
Serta gadis-gadis yang tidak terhitung banyaknya,+
9 Namun merpatiku,+ kamulah yang sempurna bagiku.
Kamulah permata hati ibumu.
Kamu murni di mata ibu yang melahirkanmu.
Gadis-gadis yang melihatmu memujimu,
Bahkan permaisuri dan gundik juga memuji-mujimu.
10 ‘Siapakah dia yang bersinar bagai fajar menyingsing,
Yang indah bagaikan rembulan,
Yang cerah bagaikan mentari,
Dan yang mempesona bagaikan bala tentera dengan panji-panji mereka?’”+
11 “Aku pergi ke kebun pokok kacang walnut,+
Untuk melihat kuncup-kuncup baharu di lembah,*
Untuk melihat sama ada pokok anggur sudah bertunas,
Dan sama ada pokok delima sudah berbunga.
12 Sebelum aku menyedarinya,
Keinginanku telah membawa aku
Ke tempat pengiring raja berkumpul.”
13 “Kembalilah, hai gadis Shulam!
Kembalilah ke sini
Agar kami dapat melihat kecantikanmu!”
“Mengapa kamu ingin melihat gadis Shulam sepertiku?”+
“Kerana kamu bagaikan tarian Mahanaim.”*