PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Yehezkiel 14
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

Rangka Yehezkiel

      • Penyembah berhala dikutuk (1-11)

      • Yerusalem pasti dihukum (12-23)

        • Nuh, Daniel, dan Ayub—tiga lelaki yang baik di mata Tuhan (14, 20)

Yehezkiel 14:1

Rujukan Silang

  • +Yeh 33:30, 31

Yehezkiel 14:3

Nota kaki

  • *

    Lihat nota kaki bagi Yeh 6:4.

Rujukan Silang

  • +2Ra 3:13; Yes 1:15; Yer 11:11

Yehezkiel 14:4

Nota kaki

  • *

    Atau “akan menjatuhkan hukuman.”

Yehezkiel 14:5

Nota kaki

  • *

    Atau “menyebabkan perasaan takut mencengkam hati seluruh bangsa Israel.”

Rujukan Silang

  • +Yer 2:5

Yehezkiel 14:6

Rujukan Silang

  • +Yes 55:7

Yehezkiel 14:7

Rujukan Silang

  • +Yer 21:1, 2; Yeh 33:31

Yehezkiel 14:8

Rujukan Silang

  • +Im 20:2, 3

Yehezkiel 14:9

Rujukan Silang

  • +1Ra 22:21, 22; Yer 4:10; 2Te 2:10, 11

Yehezkiel 14:11

Rujukan Silang

  • +Yer 24:7; Yeh 11:19, 20

Yehezkiel 14:13

Nota kaki

  • *

    Harfiah, “(akan) mematahkan tongkat-tongkat rotinya.” Mungkin merujuk kepada tongkat kayu yang digunakan untuk menyimpan roti.

Rujukan Silang

  • +Im 26:26
  • +Yes 3:1; Yer 15:2
  • +Yer 7:20

Yehezkiel 14:14

Rujukan Silang

  • +Kej 6:8, 9; Ibr 11:7
  • +Da 10:11
  • +Ayb 1:8; 42:8
  • +Ams 11:4; Yer 15:1; 2Pt 2:9

Yehezkiel 14:15

Rujukan Silang

  • +Im 26:22; Yer 15:3

Yehezkiel 14:17

Rujukan Silang

  • +Im 26:25; Yer 25:9; Yeh 21:3
  • +Zef 1:3

Yehezkiel 14:19

Rujukan Silang

  • +Ul 28:21, 22

Yehezkiel 14:20

Rujukan Silang

  • +Kej 7:1
  • +Da 10:11
  • +Ayb 1:8; 42:8
  • +Yeh 18:20; Zef 2:3

Yehezkiel 14:21

Rujukan Silang

  • +Yer 15:2
  • +Yeh 5:17; 33:27
  • +Yer 32:43

Yehezkiel 14:22

Rujukan Silang

  • +Ul 4:31; 2Ta 36:20; Yeh 6:8; Mi 5:7

Yehezkiel 14:23

Rujukan Silang

  • +Ne 9:33; Yer 22:8, 9; Yeh 9:9; Da 9:7

Lain

Yeh. 14:1Yeh 33:30, 31
Yeh. 14:32Ra 3:13; Yes 1:15; Yer 11:11
Yeh. 14:5Yer 2:5
Yeh. 14:6Yes 55:7
Yeh. 14:7Yer 21:1, 2; Yeh 33:31
Yeh. 14:8Im 20:2, 3
Yeh. 14:91Ra 22:21, 22; Yer 4:10; 2Te 2:10, 11
Yeh. 14:11Yer 24:7; Yeh 11:19, 20
Yeh. 14:13Im 26:26
Yeh. 14:13Yes 3:1; Yer 15:2
Yeh. 14:13Yer 7:20
Yeh. 14:14Kej 6:8, 9; Ibr 11:7
Yeh. 14:14Da 10:11
Yeh. 14:14Ayb 1:8; 42:8
Yeh. 14:14Ams 11:4; Yer 15:1; 2Pt 2:9
Yeh. 14:15Im 26:22; Yer 15:3
Yeh. 14:17Im 26:25; Yer 25:9; Yeh 21:3
Yeh. 14:17Zef 1:3
Yeh. 14:19Ul 28:21, 22
Yeh. 14:20Kej 7:1
Yeh. 14:20Da 10:11
Yeh. 14:20Ayb 1:8; 42:8
Yeh. 14:20Yeh 18:20; Zef 2:3
Yeh. 14:21Yer 15:2
Yeh. 14:21Yeh 5:17; 33:27
Yeh. 14:21Yer 32:43
Yeh. 14:22Ul 4:31; 2Ta 36:20; Yeh 6:8; Mi 5:7
Yeh. 14:23Ne 9:33; Yer 22:8, 9; Yeh 9:9; Da 9:7
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
  • 15
  • 16
  • 17
  • 18
  • 19
  • 20
  • 21
  • 22
  • 23
Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
Yehezkiel 14:1-23

Yehezkiel

14 Beberapa orang pemimpin Israel datang dan duduk di hadapanku.+ 2 Kemudian Yehuwa berfirman kepadaku, 3 “Anak manusia, semua orang ini berkeras untuk menyembah patung-patung berhala mereka yang menjijikkan.* Mereka juga meletakkan batu sandungan yang menyebabkan orang berdosa. Patutkah Aku menjawab pertanyaan mereka?+ 4 Beritahulah mereka, ‘Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: “Jika seseorang yang berbangsa Israel berkeras untuk menyembah patung-patung berhalanya yang menjijikkan dan meletakkan batu sandungan yang menyebabkan orang berdosa, lalu dia datang untuk meminta petunjuk daripada seorang nabi, Aku, Yehuwa, akan memberikan jawapan* yang setimpal dengan bilangan berhala-berhalanya yang menjijikkan itu. 5 Aku akan menyebabkan seluruh bangsa Israel berasa takut* kerana mereka semua telah meninggalkan Aku dan mengikuti patung-patung berhala yang menjijikkan.”’+

6 “Maka beritahulah bangsa Israel, ‘Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: “Kembalilah kepada-Ku, dan tinggalkanlah patung-patung berhalamu yang menjijikkan itu. Berpalinglah daripada segala amalanmu yang jijik.+ 7 Jika seseorang yang berbangsa Israel atau orang asing yang tinggal di negeri Israel meninggalkan Aku dan berkeras untuk menyembah patung-patung berhala yang menjijikkan, dan meletakkan batu sandungan yang menyebabkan orang berdosa, lalu dia datang untuk meminta petunjuk daripada nabi-Ku,+ Aku, Yehuwa, akan memberikan jawapan kepadanya! 8 Aku akan menentang dia dan menjadikan dia sebagai amaran dan contoh buruk kepada orang lain. Aku akan menyingkirkannya daripada kalangan umat-Ku+ supaya kamu tahu bahawa Akulah Yehuwa.”’

9 “‘Tetapi jika seorang nabi diperdaya dan memberikan jawapan kepada orang yang meminta petunjuk, Akulah yang telah memperdaya nabi itu.+ Aku, Yehuwa, akan menghulurkan tangan-Ku untuk menentang dia dan menyingkirkannya daripada kalangan umat-Ku Israel. 10 Baik orang yang meminta petunjuk mahupun nabi, harus menanggung dosa mereka. Mereka harus menanggung dosa masing-masing. 11 Dengan demikian, bangsa Israel tidak akan terus menyimpang lalu meninggalkan Aku, dan mereka tidak akan terus menajiskan diri mereka dengan dosa-dosa mereka. Mereka akan menjadi umat-ku, dan Aku akan menjadi Tuhan mereka,’+ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat.”

12 Yehuwa berfirman kepadaku sekali lagi, 13 “Anak manusia, jika sebuah negeri tidak setia kepada-Ku dan berdosa terhadap-Ku, Aku akan menghulurkan tangan-Ku dan menentangnya. Aku akan menghentikan bekalan makanannya*+ dan mendatangkan kebuluran+ sehingga manusia dan binatang di situ mati.”+ 14 “‘Meskipun Nuh,+ Daniel,+ dan Ayub,+ ada di negeri itu, dan meskipun mereka baik di mata-Ku, mereka hanya dapat menyelamatkan nyawa mereka sendiri,’+ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat.”

15 “‘Atau mungkin Aku akan mendatangkan binatang-binatang buas untuk membunuh penduduk di negeri itu sehingga negeri itu menjadi tandus dan orang tidak dapat lalu di situ kerana binatang buas itu.+ 16 Aku bersumpah demi diri-Ku sendiri bahawa meskipun ketiga-tiga lelaki itu ada di negeri tersebut, mereka pun tidak dapat menyelamatkan nyawa anak-anak lelaki dan anak-anak perempuan mereka. Mereka hanya dapat menyelamatkan nyawa mereka sendiri, dan negeri itu akan menjadi tandus,’ firman Yehuwa, Tuhan yang hidup, Tuhan Yang Berdaulat.”

17 “‘Atau mungkin Aku akan mendatangkan sebilah pedang untuk menyerang negeri itu+ dan berfirman, “Biarlah pedang itu menyerang seluruh negeri tersebut” sehingga manusia dan binatang di situ mati.+ 18 Aku bersumpah demi diri-Ku sendiri bahawa meskipun ketiga-tiga lelaki itu ada di negeri tersebut, mereka pun tidak dapat menyelamatkan nyawa anak-anak lelaki dan anak-anak perempuan mereka. Mereka hanya dapat menyelamatkan nyawa mereka sendiri,’ firman Yehuwa, Tuhan yang hidup, Tuhan Yang Berdaulat.”

19 “‘Atau mungkin Aku akan mendatangkan wabak penyakit ke negeri itu+ dan melampiaskan kemarahan-Ku sehingga pertumpahan darah berlaku dan manusia dan binatang di situ mati. 20 Aku bersumpah demi diri-Ku sendiri bahawa meskipun Nuh,+ Daniel,+ dan Ayub+ ada di negeri tersebut, mereka pun tidak dapat menyelamatkan nyawa anak-anak lelaki dan anak-anak perempuan mereka. Walaupun mereka orang yang baik di mata-Ku, mereka hanya dapat menyelamatkan nyawa mereka sendiri,’ firman Yehuwa, Tuhan yang hidup, Tuhan Yang Berdaulat.”+

21 “Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: ‘Demikianlah keadaannya sewaktu Aku mendatangkan empat hukuman-Ku,+ iaitu pedang, kebuluran, binatang buas, dan wabak penyakit,+ atas Yerusalem sehingga manusia dan binatang di situ mati.+ 22 Tetapi sebilangan orang di situ akan terselamat dan dibawa keluar.+ Anak lelaki dan anak perempuan yang dibawa keluar akan pergi kepada kamu, dan apabila kamu nampak cara hidup dan perbuatan mereka, kamu pasti akan berasa lega atas malapetaka yang telah Aku datangkan atas Yerusalem dan semua yang telah Aku lakukan terhadap kota itu.’”

23 “‘Ya, setelah kamu nampak cara hidup dan perbuatan mereka, kamu pasti akan berasa lega kerana kamu tahu bahawa segala tindakan-Ku mempunyai sebab yang wajar,’+ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat.”

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi