Mikha
7 Malanglah aku!
Selepas buah-buahan musim panas dikumpulkan
Dan buah anggur dituai,
Aku tidak menjumpai segugus anggur pun untuk dimakan,
Dan tiada buah ara yang sedap yang aku idamkan.
2 Orang yang setia telah lenyap dari bumi;
Dalam kalangan umat manusia, tiada orang yang lurus hati.+
Mereka semua menantikan peluang untuk menumpahkan darah.+
Mereka seperti pemburu yang memasang perangkap* untuk menjerat saudara mereka.
3 Tangan mereka cekap melakukan kejahatan.+
Pemimpin membuat tuntutan,
Hakim meminta ganjaran,+
Dan orang kenamaan menyatakan hasratnya.+
Ya, mereka semua bersubahat.
4 Orang yang terbaik antara mereka bagaikan duri.
Orang yang paling lurus hati antara mereka lebih teruk daripada semak berduri.
Hari penghakiman yang disebutkan oleh para pengawal mereka* akan tiba.+
Sekarang mereka akan berasa cemas.+
5 Jangan mempercayai temanmu
Ataupun sahabat karibmu.+
Berhati-hatilah dengan apa yang kamu katakan kepada orang yang berbaring di pangkuanmu.
6 Hal ini demikian kerana anak lelaki akan menghina bapanya,
Anak perempuan akan melawan ibunya,+
Dan menantu perempuan akan melawan ibu mentuanya.+
Sememangnya, musuh seseorang ialah ahli keluarganya sendiri.+
7 Tetapi aku akan terus berjaga-jaga sambil menunggu Yehuwa.+
Dengan sabar, aku akan menantikan Tuhan yang akan menyelamatkan aku.+
Tuhanku akan mendengar kata-kataku.+
8 Hai musuhku, janganlah bersukacita kerana aku ditimpa musibah.
Meskipun aku telah jatuh, aku akan bangkit semula.
Meskipun aku diselubungi kegelapan, Yehuwa akan menjadi cahayaku.
9 Aku akan menanggung kemurkaan Yehuwa
Kerana aku telah berdosa terhadap-Nya.+
Aku akan terus berbuat demikian sehingga Dia membela aku dan memberikan keadilan kepadaku.
Dia akan membawa aku keluar kepada cahaya.
Aku akan menyaksikan keadilan-Nya.
10 Musuhku juga akan melihat,
Dan dia akan berasa malu kerana dia pernah berkata kepadaku,
“Di manakah Yehuwa, Tuhanmu?”+
Dengan mataku sendiri,
Aku akan melihat dia diinjak-injak seperti lumpur di jalan.
11 Harinya akan tiba dan engkau akan membina tembok-tembok kotamu,
Dan kawasanmu akan diperluas.*
12 Pada hari itu, orang akan datang kepadamu.
Mereka akan datang dari Assyria dan kota-kota Mesir,
Dari Mesir sampai ke Sungai Efrat,
Dari laut ke laut, dan dari gunung ke gunung.+
13 Negeri itu akan menjadi tempat tandus kerana penduduknya,
Ya, kerana apa yang telah dilakukan oleh penduduknya.
14 Gembalakanlah umat-Mu dengan tongkat-Mu. Merekalah kawanan bebiri warisan-Mu,+
Yang tinggal sendirian di dalam hutan, di tengah-tengah kebun buah.
Biarlah mereka menikmati makanan di Basan dan Gilead,+ seperti pada masa dahulu.
15 “Aku akan menunjukkan perkara-perkara yang menakjubkan kepada bangsa Israel,
Seperti yang telah Aku lakukan semasa engkau keluar dari Mesir.+
16 Bangsa-bangsa akan melihat dan berasa malu meskipun mereka perkasa.+
Mereka akan menutup mulut dengan tangan,
Dan mereka akan menjadi pekak.
17 Mereka akan menjilat debu seperti ular;+
Seperti binatang yang menjalar* di tanah, mereka akan keluar dari tempat naungan mereka dengan takut.
Mereka akan menghadap Tuhan Yehuwa dengan gementar.
Ya, mereka akan takut kepada-Mu.”+
18 Tidak ada Tuhan seperti Engkau.
Engkau mengampunkan kesalahan dan melupakan kesilapan+ umat-Mu* yang masih hidup.+
Engkau tidak akan murka untuk selama-lamanya
Kerana Engkau suka menunjukkan kasih-Mu yang setia.+
19 Engkau akan berbelas kasihan terhadap kami lagi.+ Engkau akan memijak-mijak* dosa kami,
Dan melemparkan semua dosa kami ke dasar laut.+
20 Engkau akan menunjukkan kesetiaan-Mu kepada Yakub,
Dan kasih-Mu yang setia kepada Abraham,
Seperti yang Engkau janjikan kepada nenek moyang kami sejak dahulukala.+