PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Zakharia 3
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

Rangka Zakharia

      • Penglihatan 4: Pakaian imam agung ditukar (1-10)

        • Syaitan menentang Imam Agung Yosua (1)

        • “Aku akan mengutus hamba-Ku yang dipanggil Tunas” (8)

Zakharia 3:1

Rujukan Silang

  • +Ez 5:2; Hag 1:14; Za 6:11
  • +Ayb 1:6

Zakharia 3:2

Rujukan Silang

  • +Yud 9
  • +2Ta 6:6; Za 2:12

Zakharia 3:4

Rujukan Silang

  • +Kel 28:2

Zakharia 3:5

Rujukan Silang

  • +Kel 29:6

Zakharia 3:7

Rujukan Silang

  • +Mal 2:7

Zakharia 3:8

Rujukan Silang

  • +Yes 42:1; 52:13
  • +Yes 11:1; 53:2, 11; Yer 23:5; 33:15; Za 6:12

Zakharia 3:9

Nota kaki

  • *

    Mungkin bermaksud bahawa batu itu diperhatikan oleh tujuh mata.

Rujukan Silang

  • +Yer 50:20

Zakharia 3:10

Rujukan Silang

  • +1Ra 4:25; Ho 2:18; Mi 4:4

Lain

Za. 3:1Ez 5:2; Hag 1:14; Za 6:11
Za. 3:1Ayb 1:6
Za. 3:2Yud 9
Za. 3:22Ta 6:6; Za 2:12
Za. 3:4Kel 28:2
Za. 3:5Kel 29:6
Za. 3:7Mal 2:7
Za. 3:8Yes 42:1; 52:13
Za. 3:8Yes 11:1; 53:2, 11; Yer 23:5; 33:15; Za 6:12
Za. 3:9Yer 50:20
Za. 3:101Ra 4:25; Ho 2:18; Mi 4:4
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
Zakharia 3:1-10

Zakharia

3 Dia kemudiannya menunjukkan Imam Agung Yosua kepadaku.+ Yosua sedang berdiri di hadapan malaikat Yehuwa, manakala Syaitan+ sedang berdiri di sebelah kanan Yosua dan hendak menentangnya. 2 Kemudian malaikat Yehuwa berkata kepada Syaitan, “Hai Syaitan,+ semoga Yehuwa menegur kamu. Semoga Yehuwa, yang telah memilih Yerusalem,+ menegur kamu! Tidakkah orang ini bagaikan sebatang kayu yang disambar keluar daripada api?”

3 Pada masa itu, Yosua memakai pakaian yang kotor dan berdiri di hadapan malaikat. 4 Malaikat itu berkata kepada para pembantunya, “Tanggalkan pakaiannya yang kotor itu.” Kemudian dia berkata kepada Yosua, “Lihatlah! Dosa kamu telah aku singkirkan. Kamu akan diberi pakaian yang bermutu tinggi.”+

5 Kemudian aku berkata, “Pakaikanlah serban yang bersih di atas kepalanya.”+ Lalu mereka memakaikan serban yang bersih di atas kepalanya dan mengenakan pakaian yang bermutu tinggi padanya. Ketika itu, malaikat Yehuwa sedang berdiri di situ. 6 Kemudian malaikat Yehuwa berkata kepada Yosua, 7 “Demikianlah firman Yehuwa, ketua angkatan syurga: ‘Jika engkau menurut kehendak-Ku dan melaksanakan tanggungjawab yang Aku berikan, engkau boleh menjadi hakim di dalam Rumah-Ku+ dan mengurus halamannya. Aku akan mengizinkan engkau menghadap-Ku pada bila-bila masa, seperti yang dapat dilakukan oleh para malaikat yang berada di hadirat-Ku.’

8 “‘Dengarlah, hai Imam Agung Yosua! Kamu dan para imam yang duduk di hadapanmu akan menjadi tanda tentang apa yang akan berlaku pada masa depan. Aku akan mengutus hamba-Ku+ yang dipanggil Tunas.+ 9 Lihatlah batu yang Aku letakkan di hadapan Yosua! Pada batu itu terdapat tujuh mata.* Aku akan mengukir tulisan-tulisan pada batu itu, dan Aku akan menyingkirkan dosa negeri itu dalam masa sehari,’ firman Yehuwa, ketua angkatan syurga.+

10 “‘Pada hari itu, kamu masing-masing akan menjemput jiran kamu untuk berteduh di bawah pokok anggur dan pokok ara kamu,’ firman Yehuwa, ketua angkatan syurga.”+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi