PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • 2 Korintus 2
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

Rangka 2 Korintus

      • Paulus berniat untuk membawa sukacita (1-4)

      • Pendosa diampuni dan diterima kembali (5-11)

      • Paulus di Troas dan Makedonia (12, 13)

      • Kerja penyebaran, perarakan kemenangan (14-17)

        • Tidak memperdagangkan firman Tuhan (17)

2 Korintus 2:4

Rujukan Silang

  • +2Ko 7:8, 9

2 Korintus 2:5

Rujukan Silang

  • +1Ko 5:1

2 Korintus 2:7

Rujukan Silang

  • +Lu 15:23, 24
  • +Ibr 12:12

2 Korintus 2:8

Rujukan Silang

  • +Rm 12:10

2 Korintus 2:11

Nota kaki

  • *

    Atau “tidak memperdaya.”

Rujukan Silang

  • +Lu 22:31; 2Ti 2:26
  • +Ef 6:11, 12; 1Pt 5:8

2 Korintus 2:12

Rujukan Silang

  • +Kis 16:8

2 Korintus 2:13

Rujukan Silang

  • +Ga 2:3; Tit 1:4
  • +2Ko 7:5

2 Korintus 2:16

Rujukan Silang

  • +Yoh 15:19; 2Ko 4:3; 1Pt 2:7, 8

2 Korintus 2:17

Nota kaki

  • *

    Atau “tidak mencari keuntungan daripada.”

Rujukan Silang

  • +2Ko 4:2

Lain

2 Kor. 2:42Ko 7:8, 9
2 Kor. 2:51Ko 5:1
2 Kor. 2:7Lu 15:23, 24
2 Kor. 2:7Ibr 12:12
2 Kor. 2:8Rm 12:10
2 Kor. 2:11Lu 22:31; 2Ti 2:26
2 Kor. 2:11Ef 6:11, 12; 1Pt 5:8
2 Kor. 2:12Kis 16:8
2 Kor. 2:13Ga 2:3; Tit 1:4
2 Kor. 2:132Ko 7:5
2 Kor. 2:16Yoh 15:19; 2Ko 4:3; 1Pt 2:7, 8
2 Kor. 2:172Ko 4:2
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
  • 15
  • 16
  • 17
Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
2 Korintus 2:1-17

Dua Korintus

2 Aku mengambil keputusan untuk tidak membuat kamu sedih lagi pada lawatanku yang akan datang. 2 Jika aku membuat kamu sedih, tiada orang yang dapat menggembirakan aku, kecuali orang yang sudah aku sedihkan. 3 Aku menulis surat itu kepada kamu supaya apabila aku datang, aku tidak akan disedihkan oleh orang yang sepatutnya menggembirakan aku. Hal ini demikian kerana aku yakin bahawa perkara yang membawa sukacita kepadaku turut membawa sukacita kepada kamu semua. 4 Sebelum ini, aku menulis kepada kamu dengan hati yang sangat sedih dan berat, dan dengan menitiskan banyak air mata. Aku berbuat demikian bukannya untuk membuat kamu sedih,+ tetapi supaya kamu tahu betapa dalamnya kasihku terhadap kamu.

5 Jika perbuatan seseorang menimbulkan kesedihan,+ dia bukannya menyedihkan aku, tetapi menyedihkan kamu semua. Aku tidak ingin bercakap terlalu banyak tentang hal ini. 6 Cukuplah disiplin yang sudah diberikan kepada orang itu oleh kebanyakan daripada kamu. 7 Sekarang, hendaklah kamu rela mengampuni dia dan melegakan hatinya,+ supaya dia tidak terlalu sedih sehingga putus asa.+ 8 Oleh itu, aku menggesa kamu untuk meyakinkan dia bahawa kamu mengasihi dia.+ 9 Aku juga telah menulis kepada kamu kerana aku ingin mengetahui sama ada kamu patuh kepada kata-kataku atau tidak. 10 Jika kamu mengampunkan kesalahan seseorang, aku juga akan mengampuni dia. Sebenarnya, semasa aku mengampunkan kesalahan seseorang, aku mengampuninya di hadapan Kristus demi kamu semua. 11 Aku berbuat demikian supaya Syaitan tidak mengambil kesempatan atas* kita,+ kerana kita bukannya tidak mengetahui muslihatnya.+

12 Ketika aku tiba di Troas+ untuk mengkhabarkan berita baik tentang Kristus, sebuah pintu telah dibuka untukku supaya aku dapat berkhidmat kepada Tuan kita. 13 Tetapi aku gelisah kerana aku tidak dapat menjumpai saudaraku Titus.+ Oleh itu, aku mengucapkan selamat tinggal kepada saudara-saudara di situ lalu pergi ke Makedonia.+

14 Tetapi syukur kepada Tuhan! Dia sentiasa memimpin kita dalam perarakan kemenangan bersama Kristus. Melalui kita, Dia telah menyebabkan pengetahuan tentang-Nya tersebar ke merata tempat seperti bau yang harum semerbak. 15 Di hadapan Tuhan, semasa kita mengkhabarkan berita tentang Kristus, kita seperti bau harum yang tersebar dalam kalangan orang yang akan diselamatkan dan orang yang akan dibinasakan. 16 Bagi orang yang akan dibinasakan, kita seperti bau kematian yang membawa maut.+ Namun bagi orang yang akan diselamatkan, kita seperti bau kehidupan yang membawa kehidupan. Siapakah yang layak untuk menjalankan tugas itu? 17 Kamilah yang layak, kerana kami tidak memperdagangkan* firman Tuhan+ seperti yang dilakukan oleh ramai orang. Kami diutus oleh Tuhan, dan di hadapan-Nya, kami sentiasa menjalankan kerja penyebaran dengan ikhlas sebagai pengikut Kristus.

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi