Yosua
19 Setelah membuang undi, pembahagian kedua+ adalah untuk keluarga-keluarga dalam suku Simeon.+ Mereka menerima tanah yang terletak di dalam wilayah suku Yehuda.+ 2 Tanah yang diwarisi oleh mereka merangkumi Beer-syeba,+ Syeba, Molada,+ 3 Hazar-sual,+ Bala, Ezem,+ 4 Eltolad,+ Betul, Horma, 5 Ziklag,+ Bet-markabot, Hazar-susa, 6 Bet-lebaot,+ dan Saruhen. Semuanya 13 buah kota bersama dengan perkampungan di sekelilingnya. 7 Selain itu, terdapat juga Ain, Rimon, Eter, dan Asan.+ Semuanya empat buah kota bersama dengan perkampungan di sekelilingnya. 8 Wilayah mereka meliputi semua perkampungan di sekitar kota-kota itu, sampai ke Baalat-beer, iaitu Rama di selatan. Itulah warisan bagi keluarga-keluarga dalam suku Simeon. 9 Keturunan Simeon diberi warisan daripada bahagian tanah keturunan Yehuda, kerana bahagian tanah itu terlalu besar untuk mereka. Itulah sebabnya keturunan Simeon menerima tanah di dalam wilayah suku Yehuda.+
10 Setelah membuang undi, pembahagian ketiga+ adalah untuk keluarga-keluarga keturunan Zebulon.+ Sempadan tanah mereka terbentang sampai ke Sarid. 11 Sempadan mereka menuju ke barat, ke Marala, lalu ke Dabeset, dan ke lembah* yang berhadapan dengan Yokneam. 12 Kemudian, dari Sarid, sempadan itu menghala ke arah matahari terbit, ke arah timur sampai ke sempadan Kislot-tabor dan ke Daberat,+ lalu naik ke Yafia. 13 Dari situ sempadan itu menuju ke arah matahari terbit, ke arah timur sampai ke Gat-hefer,+ Et-kazin, dan membelok ke Rimon, lalu menuju ke Nea. 14 Di sebelah utara, sempadan itu sampai ke Hanaton dan berakhir di Lembah Yiftah-el. 15 Tanah mereka juga meliputi Katat, Nahalal, Simron,+ Yidala, dan Betlehem.+ Semuanya 12 buah kota bersama dengan perkampungan di sekelilingnya. 16 Kota-kota itu dan perkampungan di sekelilingnya menjadi warisan bagi keluarga-keluarga keturunan Zebulon.+
17 Setelah membuang undi, pembahagian keempat+ adalah untuk keluarga-keluarga keturunan Isakhar.+ 18 Sempadan kawasan mereka merangkumi Yizreel,+ Kesulot, Sunem,+ 19 Hafaraim, Shion, Anaharat, 20 Rabit, Kisyon, Ebes, 21 Remet, En-ganim,+ En-hada, dan Bet-pazes. 22 Sempadan itu juga sampai ke Tabor,+ Sahazima, dan Bet-semes, lalu berakhir di Sungai Yordan. Semuanya 16 buah kota bersama dengan perkampungan di sekelilingnya. 23 Kota-kota itu dan perkampungan di sekelilingnya menjadi warisan bagi keluarga-keluarga dalam suku Isakhar.+
24 Setelah membuang undi, pembahagian kelima+ adalah untuk keluarga-keluarga dalam suku Asyer.+ 25 Sempadan mereka merangkumi Helkat,+ Hali, Beten, Akhsaf, 26 Alamelekh, Amad, dan Misal. Sempadan itu menghala ke barat, ke Karmel,+ dan ke Shihor-libnat. 27 Kemudian sempadan itu membelok ke timur, ke Bet-dagon, dan menghala ke Zebulon dan sebelah utara Lembah Yiftah-el, lalu ke Bet-emek dan Neiel. Sempadan itu menghala ke sebelah kiri Kabul, 28 dan terbentang ke Ebron, Rehob, Hamon, dan Kanah, sampai ke Sidon Besar.+ 29 Kemudian sempadan itu membelok ke Rama, sampai ke kota Tirus+ yang bertembok. Sempadan itu membelok ke Hosa, dan berakhir di laut di sekitar Akhzib, 30 Uma, Afek,+ dan Rehob.+ Semuanya 22 buah kota bersama dengan perkampungan di sekelilingnya. 31 Kota-kota itu dan perkampungan di sekelilingnya menjadi warisan bagi keluarga-keluarga dalam suku Asyer.+
32 Setelah membuang undi, pembahagian keenam+ adalah untuk keluarga-keluarga keturunan Naftali. 33 Sempadan mereka adalah dari Helef, dari pokok besar di Zaananim,+ dan menghala ke Adami-nekeb, Yabneel, dan Lakum. Sempadan itu berakhir di Sungai Yordan. 34 Kemudian sempadan itu membelok ke barat ke Aznot-tabor. Dari situ sempadan itu menghala ke Hukok. Zebulon terletak di sebelah selatan kawasan suku Naftali, Asyer di sebelah barat, dan Yehuda* di Sungai Yordan di sebelah timur. 35 Kota-kota yang bertembok ialah Zidim, Zer, Hamat,+ Rakat, Kineret, 36 Adama, Rama, Hazor,+ 37 Kedes,+ Edrei, En-hazor, 38 Yiron, Migdal-el, Horem, Bet-anat, dan Bet-semes.+ Semuanya 19 buah kota bersama dengan perkampungan di sekelilingnya. 39 Kota-kota itu dan perkampungan di sekelilingnya menjadi warisan bagi keluarga-keluarga dalam suku Naftali.+
40 Setelah membuang undi, pembahagian ketujuh+ adalah untuk keluarga-keluarga dalam suku Dan.+ 41 Sempadan tanah mereka meliputi Zora,+ Esytaol, Ir-semes, 42 Saalabin,+ Ayalon,+ Yitla, 43 Elon, Timna,+ Ekron,+ 44 Elteke, Gibeton,+ Baalat, 45 Yehud, Bene-barak, Gat-rimon,+ 46 Me-yarkon, dan Rakon. Sempadan itu melintasi kawasan yang berdekatan Yope.+ 47 Tetapi wilayah suku Dan terlalu sempit bagi mereka.+ Oleh itu, mereka pergi ke Lesem,+ menawan kota itu, dan membunuh penduduknya dengan pedang. Mereka menakluki kota itu lalu tinggal di situ. Mereka menukar nama kota itu daripada Lesem menjadi Dan, menurut nama nenek moyang mereka.+ 48 Kota-kota itu dan perkampungan di sekelilingnya menjadi warisan bagi keluarga-keluarga dalam suku Dan.
49 Setelah umat Israel selesai membahagikan tanah warisan itu mengikut wilayah masing-masing, mereka memberikan tanah yang ada di dalam kawasan mereka kepada Yosua anak Nun sebagai warisannya. 50 Sebagaimana yang diperintahkan oleh Yehuwa, mereka memberi Yosua kota yang dimintanya, iaitu Timnat-serah,+ yang terletak di kawasan pergunungan Efraim. Yosua membina semula kota itu lalu menetap di situ.
51 Demikianlah Imam Eleazar, Yosua anak Nun, dan para ketua puak dalam suku-suku Israel membahagikan tanah itu+ dengan membuang undi. Mereka berbuat demikian di Silo,+ di depan khemah pertemuan di hadapan Yehuwa.+ Maka selesailah pembahagian tanah itu.