PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Hakim-Hakim 10
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

Rangka Hakim-Hakim

      • Hakim Tola dan Yair (1-5)

      • Israel memberontak lalu bertaubat (6-16)

      • Orang Ammon mengancam Israel (17, 18)

Hakim-Hakim 10:1

Rujukan Silang

  • +Hak 2:16

Hakim-Hakim 10:4

Rujukan Silang

  • +Ul 3:14

Hakim-Hakim 10:6

Nota kaki

  • *

    Atau “Siria.”

Rujukan Silang

  • +Hak 2:19; 4:1; 6:1; Ne 9:28
  • +Hak 3:7; Mz 106:36-38
  • +Bil 25:1, 2
  • +1Ra 11:5; 2Ra 23:13
  • +Hak 16:23; 1Sa 5:4; 2Ra 1:2

Hakim-Hakim 10:7

Nota kaki

  • *

    Harfiah, “menjual.”

Rujukan Silang

  • +Ul 28:15, 48; 31:17; Hak 2:14; 4:2

Hakim-Hakim 10:10

Rujukan Silang

  • +Ul 4:30
  • +Hak 2:13; 3:7; 1Sa 12:9, 10

Hakim-Hakim 10:11

Rujukan Silang

  • +Kel 14:30
  • +Bil 21:23-25
  • +Hak 3:31

Hakim-Hakim 10:13

Rujukan Silang

  • +Hak 2:12
  • +2Ta 15:2; Mi 3:4

Hakim-Hakim 10:14

Rujukan Silang

  • +1Ra 18:27
  • +Yer 2:28

Hakim-Hakim 10:16

Rujukan Silang

  • +Ul 7:26
  • +2Ta 7:14; 33:13, 15; Mz 106:44; Yes 63:9

Hakim-Hakim 10:17

Rujukan Silang

  • +Kej 19:36, 38; Hak 3:13

Hakim-Hakim 10:18

Rujukan Silang

  • +Hak 11:1

Lain

Hak. 10:1Hak 2:16
Hak. 10:4Ul 3:14
Hak. 10:6Hak 2:19; 4:1; 6:1; Ne 9:28
Hak. 10:6Hak 3:7; Mz 106:36-38
Hak. 10:6Bil 25:1, 2
Hak. 10:61Ra 11:5; 2Ra 23:13
Hak. 10:6Hak 16:23; 1Sa 5:4; 2Ra 1:2
Hak. 10:7Ul 28:15, 48; 31:17; Hak 2:14; 4:2
Hak. 10:10Ul 4:30
Hak. 10:10Hak 2:13; 3:7; 1Sa 12:9, 10
Hak. 10:11Kel 14:30
Hak. 10:11Bil 21:23-25
Hak. 10:11Hak 3:31
Hak. 10:13Hak 2:12
Hak. 10:132Ta 15:2; Mi 3:4
Hak. 10:141Ra 18:27
Hak. 10:14Yer 2:28
Hak. 10:16Ul 7:26
Hak. 10:162Ta 7:14; 33:13, 15; Mz 106:44; Yes 63:9
Hak. 10:17Kej 19:36, 38; Hak 3:13
Hak. 10:18Hak 11:1
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
  • 15
  • 16
  • 17
  • 18
Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
Hakim-Hakim 10:1-18

Hakim-Hakim

10 Selepas kematian Abimelekh, Tola anak Pua, cucu Dodo daripada suku Isakhar, dilantik untuk menyelamatkan orang Israel.+ Tola tinggal di Samir yang terletak di kawasan pergunungan Efraim. 2 Dia menjadi hakim orang Israel selama 23 tahun. Selepas itu, Tola meninggal lalu dikebumikan di Samir.

3 Selepas Tola, Yair daripada keturunan Gilead menjadi hakim orang Israel selama 22 tahun. 4 Yair mempunyai 30 orang anak lelaki yang menunggang 30 ekor keldai. Anak-anaknya memiliki 30 buah kota di wilayah Gilead. Kota-kota itu masih dipanggil Hawot-yair+ hingga sekarang. 5 Kemudian Yair meninggal dan dikebumikan di Kamon.

6 Sekali lagi umat Israel melakukan apa yang jahat di mata Yehuwa.+ Mereka mula menyembah Baal,+ patung-patung Asytoret, dewa-dewa dari Aram,* Sidon, dan Moab,+ serta dewa-dewa orang Ammon+ dan Filistin.+ Mereka meninggalkan Yehuwa dan tidak lagi menyembah-Nya. 7 Yehuwa sangat murka terhadap orang Israel, maka Dia menyerahkan* mereka ke dalam tangan orang Filistin dan orang Ammon.+ 8 Mulai tahun itu, mereka menindas orang Israel yang tinggal di sebelah timur Sungai Yordan, di kawasan orang Amori yang terletak di wilayah Gilead. Penganiayaan yang kejam itu berlaku selama 18 tahun. 9 Orang Ammon juga menyeberangi Sungai Yordan untuk menyerang suku Yehuda, suku Benyamin, dan suku Efraim. Orang Israel sangat menderita, 10 maka mereka berseru kepada Yehuwa untuk meminta tolong+ dengan berkata, “Kami sudah berdosa terhadap-Mu kerana kami meninggalkan Engkau, Tuhan kami, lalu menyembah Baal.”+

11 Yehuwa berfirman kepada orang Israel, “Aku telah menyelamatkan kamu daripada orang Mesir,+ orang Amori,+ orang Ammon, orang Filistin,+ 12 orang Sidon, orang Amalek, dan orang Midian, yang menindas kamu. Semasa kamu berseru kepada-Ku untuk meminta tolong, Aku telah menyelamatkan kamu daripada tangan mereka. 13 Tetapi kamu meninggalkan Aku lalu menyembah tuhan-tuhan lain.+ Oleh itu, Aku tidak akan menyelamatkan kamu lagi.+ 14 Pergilah meminta tolong daripada tuhan-tuhan yang telah kamu pilih.+ Biarlah mereka menyelamatkan kamu sewaktu kamu menderita.”+ 15 Tetapi orang Israel berkata kepada Yehuwa, “Kami telah berdosa. Lakukanlah apa sahaja yang Engkau inginkan terhadap kami, tetapi tolonglah selamatkan kami hari ini.” 16 Kemudian mereka menyingkirkan patung-patung dewa bangsa asing yang ada dalam kalangan mereka lalu menyembah Yehuwa.+ Oleh itu, Tuhan tidak lagi sanggup melihat penderitaan orang Israel.+

17 Beberapa lama kemudian orang Ammon+ berkumpul lalu berkhemah di Gilead. Orang Israel pula berkumpul dan berkhemah di Mizpa. 18 Kemudian penduduk Gilead dan para penguasanya berkata kepada satu sama lain, “Siapakah yang akan mengetuai kita untuk melawan orang Ammon?+ Biarlah dia menjadi pemimpin semua penduduk Gilead.”

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi