PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Hakim-Hakim 15
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

Rangka Hakim-Hakim

      • Membalas dendam terhadap orang Filistin (1-20)

Hakim-Hakim 15:1

Nota kaki

  • *

    Atau “bilik tidur.”

Hakim-Hakim 15:2

Rujukan Silang

  • +Hak 14:17
  • +Hak 14:11, 20

Hakim-Hakim 15:4

Nota kaki

  • *

    Sejenis binatang di negeri Israel yang menyerupai anjing.

Hakim-Hakim 15:6

Rujukan Silang

  • +Hak 14:11, 20
  • +Hak 14:15

Hakim-Hakim 15:7

Rujukan Silang

  • +Hak 14:4

Hakim-Hakim 15:8

Nota kaki

  • *

    Atau “celah.”

Hakim-Hakim 15:9

Rujukan Silang

  • +2Sa 23:11, 12

Hakim-Hakim 15:10

Nota kaki

  • *

    Atau “mengikat.”

Hakim-Hakim 15:11

Nota kaki

  • *

    Atau “celah.”

Rujukan Silang

  • +Hak 13:1

Hakim-Hakim 15:12

Nota kaki

  • *

    Atau “mengikat.”

Hakim-Hakim 15:14

Rujukan Silang

  • +Hak 13:24, 25; 14:5, 6
  • +Hak 16:9, 12

Hakim-Hakim 15:15

Rujukan Silang

  • +Hak 3:31

Hakim-Hakim 15:16

Rujukan Silang

  • +Hak 16:30

Hakim-Hakim 15:17

Nota kaki

  • *

    Maksudnya “Bukit Tulang Rahang.”

Rujukan Silang

  • +Hak 15:9

Hakim-Hakim 15:18

Nota kaki

  • *

    Atau “penyelamatan.”

Hakim-Hakim 15:19

Nota kaki

  • *

    Maksudnya “Mata Air daripada Dia yang Memanggil.”

Rujukan Silang

  • +Kel 17:6

Hakim-Hakim 15:20

Rujukan Silang

  • +Kej 49:16; Hak 2:16; 13:1, 5; 16:31; Ibr 11:32

Lain

Hak. 15:2Hak 14:17
Hak. 15:2Hak 14:11, 20
Hak. 15:6Hak 14:11, 20
Hak. 15:6Hak 14:15
Hak. 15:7Hak 14:4
Hak. 15:92Sa 23:11, 12
Hak. 15:11Hak 13:1
Hak. 15:14Hak 13:24, 25; 14:5, 6
Hak. 15:14Hak 16:9, 12
Hak. 15:15Hak 3:31
Hak. 15:16Hak 16:30
Hak. 15:17Hak 15:9
Hak. 15:19Kel 17:6
Hak. 15:20Kej 49:16; Hak 2:16; 13:1, 5; 16:31; Ibr 11:32
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
  • 15
  • 16
  • 17
  • 18
  • 19
  • 20
Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
Hakim-Hakim 15:1-20

Hakim-Hakim

15 Beberapa waktu kemudian, pada musim menuai gandum, Simson pergi melawat isterinya dengan membawa seekor anak kambing. Dia berkata, “Saya mahu pergi ke bilik* isteri saya untuk berjumpa dengannya.” Tetapi bapa mentuanya tidak membenarkan dia masuk. 2 Dia berkata kepada Simson, “Aku sangka kamu benar-benar membencinya.+ Maka aku memberikannya kepada pengapitmu.+ Tetapi adik perempuannya lebih cantik daripadanya. Ambillah adiknya itu.” 3 Lalu Simson berkata, “Apa yang akan aku lakukan terhadap orang Filistin kali ini bukanlah kesalahanku.”

4 Maka Simson pergi menangkap 300 ekor rubah.* Kemudian dia mengambil obor dan mengikat semua rubah itu berdua-dua di bahagian ekor. Dia memasukkan sebuah obor di antara ekor setiap pasang rubah. 5 Kemudian, dia menyalakan semua obor itu lalu melepaskan rubah-rubah itu ke ladang-ladang gandum orang Filistin. Maka terbakarlah semua gandum yang diikat, bahkan semua gandum di ladang, kebun zaitun, dan ladang anggur pun terbakar.

6 Orang Filistin bertanya, “Siapakah yang melakukan hal ini?” Mereka diberitahu, “Ini perbuatan Simson, menantu orang Timna itu. Dia berbuat demikian kerana bapa mentuanya telah memberikan isterinya kepada pengapitnya.”+ Setelah mengetahui hal itu, orang Filistin pergi mencari isteri Simson dan bapa mentuanya lalu membakar mereka.+ 7 Simson berkata, “Aku tidak akan berdiam diri sehingga aku telah membalas dendam terhadap kamu kerana tindakan kamu itu.”+ 8 Kemudian dia menyerang mereka seorang demi seorang, sehingga banyak orang Filistin dibunuh. Selepas itu, Simson pergi ke gua* di bukit batu di Etam dan tinggal di sana.

9 Kemudian orang Filistin datang ke wilayah Yehuda. Mereka berkhemah di situ dan merayau-rayau di Lehi.+ 10 Orang Yehuda bertanya kepada mereka, “Mengapakah kamu datang untuk menyerang kami?” Mereka menjawab, “Kami datang untuk menangkap* Simson. Kami ingin membalas apa yang telah dilakukannya terhadap kami.” 11 Maka 3,000 orang Yehuda pergi ke gua* di bukit batu di Etam dan bertanya kepada Simson, “Tidakkah kamu tahu bahawa orang Filistin menguasai kita?+ Mengapakah kamu melakukan perkara ini terhadap kami?” Dia menjawab, “Aku hanya membalas perbuatan mereka.” 12 Orang Yehuda berkata, “Kami datang untuk menangkap* kamu dan menyerahkan kamu kepada orang Filistin.” Simson berkata kepada mereka, “Bersumpahlah bahawa kamu tidak akan membunuh aku.” 13 Mereka berkata, “Baiklah, kami tidak akan membunuh kamu. Kami hanya akan mengikat kamu dan menyerahkan kamu kepada mereka.”

Kemudian mereka mengikat Simson dengan dua utas tali yang baharu, lalu membawa dia pergi dari bukit batu itu. 14 Apabila dia sampai di Lehi, orang Filistin bersorak-sorak semasa mereka nampak Simson. Pada masa itu, kuasa suci Yehuwa menyebabkan Simson menjadi kuat.+ Tali yang mengikat lengannya menjadi seperti benang linen yang dibakar dengan api, lalu jatuh dari tangannya.+ 15 Dia menjumpai tulang rahang keldai yang baru mati. Dia menghulurkan tangannya untuk mengambil tulang itu lalu menggunakannya untuk membunuh 1,000 orang.+ 16 Kemudian Simson berkata,

“Dengan tulang rahang keldai, aku membunuh 1,000 orang.

Dengan tulang rahang keldai, aku menyebabkan mayat musuh bertimbun-timbun!”+

17 Setelah berkata demikian, dia membuang tulang rahang itu dan menamakan tempat itu Ramat-lehi.*+ 18 Kemudian dia berasa sangat haus, lalu dia berseru kepada Yehuwa, “Engkaulah yang memberikan kemenangan* yang besar ini kepadaku, hamba-Mu ini. Tetapi sekarang, haruskah aku mati kehausan lalu jatuh ke dalam tangan orang yang tidak bersunat?” 19 Oleh itu Tuhan membuka satu lubang di Lehi sehingga air mengalir keluar daripadanya.+ Simson minum lalu dia menjadi kuat dan segar semula. Dia menamakan tempat itu En-hakore.* Tempat itu masih terletak di Lehi sampai hari ini.

20 Sewaktu orang Filistin menguasai negeri itu, Simson menjadi hakim orang Israel selama 20 tahun.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi