PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • 1 Samuel 18
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

Rangka 1 Samuel

      • Persahabatan Daud dan Yonatan (1-4)

      • Saul cemburu dengan kejayaan Daud (5-9)

      • Saul mencuba membunuh Daud (10-19)

      • Daud mengahwini Mikhal, puteri Saul (20-30)

1 Samuel 18:1

Rujukan Silang

  • +1Sa 14:1, 49
  • +1Sa 19:2; 20:17, 41; 2Sa 1:26

Indeks-Indeks

  • Panduan Penyelidikan

    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!, 48:4

1 Samuel 18:2

Rujukan Silang

  • +1Sa 8:11; 16:22; 17:15

1 Samuel 18:3

Rujukan Silang

  • +1Sa 20:8, 42; 23:18; 2Sa 9:1; 21:7; Ams 17:17; 18:24

1 Samuel 18:5

Nota kaki

  • *

    Atau “bertindak dengan bijak.”

Rujukan Silang

  • +1Sa 18:30
  • +1Sa 14:52

1 Samuel 18:6

Rujukan Silang

  • +Kel 15:20, 21; Hak 5:1
  • +Hak 11:34

1 Samuel 18:7

Rujukan Silang

  • +1Sa 21:11; 29:5

1 Samuel 18:8

Rujukan Silang

  • +Kej 4:5; Ams 14:30
  • +1Sa 13:14; 15:27, 28; 16:13; 20:31; 24:17, 20

1 Samuel 18:10

Nota kaki

  • *

    Lihat Kamus, “Roh.”

  • *

    Atau “berkelakuan seperti seorang nabi.”

Rujukan Silang

  • +1Sa 16:14
  • +1Sa 16:16, 23
  • +1Sa 19:9, 10

1 Samuel 18:11

Rujukan Silang

  • +1Sa 20:33

1 Samuel 18:12

Rujukan Silang

  • +1Sa 16:14; 18:28, 29

1 Samuel 18:13

Rujukan Silang

  • +2Sa 5:2

1 Samuel 18:14

Nota kaki

  • *

    Atau “bertindak dengan bijak.”

Rujukan Silang

  • +1Sa 18:5
  • +Kej 39:2; Yos 6:27; 1Sa 10:7; 16:18

1 Samuel 18:17

Rujukan Silang

  • +1Sa 14:49
  • +1Sa 17:25
  • +1Sa 25:28
  • +1Sa 18:25

1 Samuel 18:18

Rujukan Silang

  • +2Sa 7:18

1 Samuel 18:19

Rujukan Silang

  • +2Sa 21:8

1 Samuel 18:20

Rujukan Silang

  • +1Sa 14:49; 19:11; 25:44; 2Sa 3:13; 6:16

1 Samuel 18:21

Rujukan Silang

  • +1Sa 18:17

1 Samuel 18:23

Rujukan Silang

  • +1Sa 18:18

1 Samuel 18:25

Rujukan Silang

  • +Kej 29:18
  • +1Sa 17:26, 36; 2Sa 3:14

1 Samuel 18:26

Rujukan Silang

  • +1Sa 18:21

1 Samuel 18:27

Rujukan Silang

  • +1Sa 17:25

1 Samuel 18:28

Rujukan Silang

  • +1Sa 16:13; 24:17, 20
  • +1Sa 18:20

1 Samuel 18:29

Rujukan Silang

  • +1Sa 18:9, 12; 20:33

1 Samuel 18:30

Nota kaki

  • *

    Atau “bijaksana.”

Rujukan Silang

  • +1Sa 18:5
  • +2Sa 7:9

Lain

1 Sam. 18:11Sa 14:1, 49
1 Sam. 18:11Sa 19:2; 20:17, 41; 2Sa 1:26
1 Sam. 18:21Sa 8:11; 16:22; 17:15
1 Sam. 18:31Sa 20:8, 42; 23:18; 2Sa 9:1; 21:7; Ams 17:17; 18:24
1 Sam. 18:51Sa 18:30
1 Sam. 18:51Sa 14:52
1 Sam. 18:6Kel 15:20, 21; Hak 5:1
1 Sam. 18:6Hak 11:34
1 Sam. 18:71Sa 21:11; 29:5
1 Sam. 18:8Kej 4:5; Ams 14:30
1 Sam. 18:81Sa 13:14; 15:27, 28; 16:13; 20:31; 24:17, 20
1 Sam. 18:101Sa 16:14
1 Sam. 18:101Sa 16:16, 23
1 Sam. 18:101Sa 19:9, 10
1 Sam. 18:111Sa 20:33
1 Sam. 18:121Sa 16:14; 18:28, 29
1 Sam. 18:132Sa 5:2
1 Sam. 18:141Sa 18:5
1 Sam. 18:14Kej 39:2; Yos 6:27; 1Sa 10:7; 16:18
1 Sam. 18:171Sa 14:49
1 Sam. 18:171Sa 17:25
1 Sam. 18:171Sa 25:28
1 Sam. 18:171Sa 18:25
1 Sam. 18:182Sa 7:18
1 Sam. 18:192Sa 21:8
1 Sam. 18:201Sa 14:49; 19:11; 25:44; 2Sa 3:13; 6:16
1 Sam. 18:211Sa 18:17
1 Sam. 18:231Sa 18:18
1 Sam. 18:25Kej 29:18
1 Sam. 18:251Sa 17:26, 36; 2Sa 3:14
1 Sam. 18:261Sa 18:21
1 Sam. 18:271Sa 17:25
1 Sam. 18:281Sa 16:13; 24:17, 20
1 Sam. 18:281Sa 18:20
1 Sam. 18:291Sa 18:9, 12; 20:33
1 Sam. 18:301Sa 18:5
1 Sam. 18:302Sa 7:9
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
  • 15
  • 16
  • 17
  • 18
  • 19
  • 20
  • 21
  • 22
  • 23
  • 24
  • 25
  • 26
  • 27
  • 28
  • 29
  • 30
Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
1 Samuel 18:1-30

Satu Samuel

18 Setelah Yonatan+ mendengar kata-kata Daud kepada Saul, dia dan Daud mula menjalin persahabatan yang erat. Yonatan mengasihi Daud seperti dia mengasihi dirinya sendiri.+ 2 Sejak hari itu, Saul menyuruh Daud untuk terus berkhidmat kepadanya dan dia tidak membenarkan Daud pulang ke rumah bapanya.+ 3 Yonatan mengasihi Daud seperti dia mengasihi dirinya sendiri, maka mereka membuat suatu perjanjian persahabatan.+ 4 Yonatan menanggalkan jubah tidak berlengan yang dipakainya lalu memberikan jubah itu kepada Daud. Dia juga memberikan pakaian perangnya, pedangnya, busurnya, dan tali pinggangnya kepada Daud. 5 Sejak itu, Daud pergi berperang. Dia meraih kejayaan*+ ke mana sahaja Saul mengutusnya. Maka Saul memberinya kuasa atas para tentera,+ dan hal ini menyenangkan hati semua orang dan hamba-hamba Saul.

6 Apabila Daud dan askar-askar Israel kembali daripada membunuh orang Filistin, para wanita akan keluar dari semua kota di Israel dengan nyanyian+ dan tarian untuk menyambut Raja Saul. Dengan penuh sukacita, mereka memainkan alat-alat muzik bertali dan tamborin.+ 7 Para wanita yang merayakan peristiwa itu bernyanyi,

“Saul membunuh beribu-ribu orang,

Dan Daud membunuh berpuluh-puluh ribu orang.”+

8 Saul tidak suka akan lagu itu dan dia menjadi sangat marah.+ Dia berfikir, “Mereka berkata bahawa Daud telah membunuh berpuluh-puluh ribu orang, sedangkan beta hanya membunuh beribu-ribu orang. Tidak lama lagi mereka akan menjadikan dia raja!”+ 9 Sejak hari itu, Saul selalu memandang Daud dengan curiga.

10 Pada keesokan hari, Tuhan membiarkan fikiran* Saul bercelaru+ dan dia mula berkelakuan pelik* di dalam rumah. Seperti biasa, Daud memainkan kecapinya.+ Pada masa itu, Saul memegang sebatang tombak,+ 11 lalu dia melemparkan tombak+ itu ke arah Daud. Dia berfikir, “Beta akan menancapkan Daud ke dinding!” Namun Daud berjaya melepaskan diri sebanyak dua kali. 12 Saul takut akan Daud kerana Yehuwa sudah meninggalkannya dan menyertai Daud.+ 13 Maka Saul melantik Daud sebagai ketua atas 1,000 orang askar agar Daud tidak lagi bertugas untuknya di istana. Oleh itu, Daud memimpin pasukan tentera dalam pertempuran,+ 14 dan dia berjaya*+ dalam segala usahanya kerana Yehuwa menyertainya.+ 15 Apabila Saul nampak segala kejayaan Daud, dia menjadi takut akan Daud. 16 Tetapi semua orang Israel dan Yehuda mengasihi Daud, kerana dialah yang memimpin mereka dalam peperangan.

17 Kemudian Saul berkata kepada Daud, “Inilah puteri sulung beta, Merab.+ Beta akan mengahwinkannya dengan kamu.+ Tetapi kamu harus terus membuktikan keberanianmu kepada beta dan berjuang untuk Yehuwa.”+ Sebenarnya Saul berfikir, “Biarlah Daud mati di tangan orang Filistin supaya beta tidak perlu membunuhnya.”+ 18 Daud berkata kepada Saul, “Siapakah hamba ini dan siapakah keluarga bapa hamba di Israel, sehingga hamba layak menjadi menantu raja?”+ 19 Namun apabila tiba masanya Merab, puteri Saul itu, dikahwinkan dengan Daud, Merab telah diserahkan kepada Adriel,+ orang Mehola itu, untuk dijadikan isterinya.

20 Mikhal,+ puteri Saul, jatuh cinta kepada Daud. Hal itu dilaporkan kepada Saul dan dia berasa senang hati. 21 Saul berfikir, “Beta akan memberikan Mikhal kepada Daud supaya Daud terperangkap dan dibunuh oleh orang Filistin.”+ Maka buat kali kedua, Saul berkata kepada Daud, “Hari ini, kamu akan menjadi menantu beta.” 22 Selain itu, Saul juga memberikan perintah berikut kepada hamba-hambanya: “Secara diam-diam, pergilah dan beritahulah Daud, ‘Raja berasa senang hati terhadapmu dan semua hambanya suka akan kamu. Maka sekarang, kahwinlah dengan puteri raja.’” 23 Sewaktu hamba-hamba Saul menyampaikan hal itu kepada Daud, dia berkata, “Adakah kamu fikir mudah untuk menjadi menantu raja? Aku hanya orang miskin yang dipandang rendah!”+ 24 Oleh itu, hamba-hamba Saul memberitahu Saul, “Inilah kata-kata Daud.”

25 Lalu Saul berkata, “Beritahulah Daud, ‘Raja tidak mahu wang hantaran.+ Raja hanya mahu 100 kulit khatan+ orang Filistin untuk membalas dendam terhadap musuh-musuhnya.’” Sebenarnya, Saul merancang supaya Daud dibunuh oleh orang Filistin. 26 Hamba-hamba Saul menyampaikan kata-kata raja kepada Daud. Daud berasa senang hati untuk menjadi menantu raja.+ Maka sebelum tibanya masa yang ditetapkan, 27 Daud dan anak buahnya pergi membunuh 200 orang Filistin lalu mengambil kulit khatan mereka. Kemudian Daud membawa semuanya kepada raja agar dia dapat berkahwin dengan puteri raja. Oleh itu, Saul mengahwinkan puterinya Mikhal dengan Daud.+ 28 Saul sedar bahawa Yehuwa menyertai Daud+ dan bahawa puterinya Mikhal mencintai Daud.+ 29 Maka Saul semakin takut akan Daud dan dia memusuhi Daud sepanjang umurnya.+

30 Setiap kali para pemimpin orang Filistin maju berperang, Daud terbukti lebih berjaya* daripada para tentera Saul,+ dan namanya sangat dihormati.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi