PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • 1 Samuel 24
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

Rangka 1 Samuel

      • Daud tidak membunuh Saul (1-22)

        • Daud menghormati orang yang dilantik Yehuwa (6)

1 Samuel 24:1

Rujukan Silang

  • +1Sa 23:28, 29

1 Samuel 24:3

Nota kaki

  • *

    Merujuk kepada kandang yang diperbuat daripada tembok batu.

Rujukan Silang

  • +Mz 57:penerangan; 142:penerangan

1 Samuel 24:4

Rujukan Silang

  • +1Sa 26:8, 23

1 Samuel 24:5

Nota kaki

  • *

    Atau “hati nurani Daud menyalahkannya.”

Rujukan Silang

  • +2Sa 24:10

1 Samuel 24:6

Rujukan Silang

  • +Kel 22:28; 1Sa 26:11; 2Sa 1:14; 1Ta 16:22

1 Samuel 24:7

Nota kaki

  • *

    Atau mungkin, “menyuraikan.”

1 Samuel 24:8

Rujukan Silang

  • +1Sa 26:17

1 Samuel 24:9

Rujukan Silang

  • +1Sa 26:19

1 Samuel 24:10

Rujukan Silang

  • +1Sa 24:4
  • +1Sa 9:16; 10:1; 26:9; Mz 105:15

1 Samuel 24:11

Rujukan Silang

  • +1Sa 26:18; Mz 35:7
  • +1Sa 23:14

1 Samuel 24:12

Rujukan Silang

  • +1Sa 26:23
  • +Ul 32:35
  • +1Sa 26:11

1 Samuel 24:14

Rujukan Silang

  • +1Sa 26:20

1 Samuel 24:15

Rujukan Silang

  • +1Sa 25:39; Mz 35:1

1 Samuel 24:16

Rujukan Silang

  • +1Sa 26:17

1 Samuel 24:17

Rujukan Silang

  • +1Sa 26:21

1 Samuel 24:18

Rujukan Silang

  • +1Sa 24:4, 10

1 Samuel 24:19

Rujukan Silang

  • +1Sa 26:25; Mz 18:20

1 Samuel 24:20

Rujukan Silang

  • +1Sa 13:14; 15:28; 18:8; 20:31; 23:17

1 Samuel 24:21

Rujukan Silang

  • +Im 19:12; Ul 6:13
  • +2Sa 9:1; 21:7

1 Samuel 24:22

Rujukan Silang

  • +1Sa 15:34
  • +1Sa 23:29

Lain

1 Sam. 24:11Sa 23:28, 29
1 Sam. 24:3Mz 57:penerangan; 142:penerangan
1 Sam. 24:41Sa 26:8, 23
1 Sam. 24:52Sa 24:10
1 Sam. 24:6Kel 22:28; 1Sa 26:11; 2Sa 1:14; 1Ta 16:22
1 Sam. 24:81Sa 26:17
1 Sam. 24:91Sa 26:19
1 Sam. 24:101Sa 24:4
1 Sam. 24:101Sa 9:16; 10:1; 26:9; Mz 105:15
1 Sam. 24:111Sa 26:18; Mz 35:7
1 Sam. 24:111Sa 23:14
1 Sam. 24:121Sa 26:23
1 Sam. 24:12Ul 32:35
1 Sam. 24:121Sa 26:11
1 Sam. 24:141Sa 26:20
1 Sam. 24:151Sa 25:39; Mz 35:1
1 Sam. 24:161Sa 26:17
1 Sam. 24:171Sa 26:21
1 Sam. 24:181Sa 24:4, 10
1 Sam. 24:191Sa 26:25; Mz 18:20
1 Sam. 24:201Sa 13:14; 15:28; 18:8; 20:31; 23:17
1 Sam. 24:21Im 19:12; Ul 6:13
1 Sam. 24:212Sa 9:1; 21:7
1 Sam. 24:221Sa 15:34
1 Sam. 24:221Sa 23:29
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
  • 15
  • 16
  • 17
  • 18
  • 19
  • 20
  • 21
  • 22
Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
1 Samuel 24:1-22

Satu Samuel

24 Sebaik saja Saul kembali daripada mengejar orang Filistin, dia diberitahu, “Lihatlah! Daud berada di padang belantara di En-gedi.”+

2 Maka Saul memilih 3,000 orang daripada seluruh umat Israel, lalu pergi mencari Daud dan semua anak buahnya di tebing batu di mana terdapat kambing gunung. 3 Saul sampai di kandang biri-biri* di tepi jalan dan di situ terdapat sebuah gua. Dia masuk ke dalam gua itu untuk buang air. Pada masa itu, Daud dan anak buahnya sedang duduk di dalam gua itu di bahagian yang lebih dalam.+ 4 Anak buah Daud berkata kepadanya, “Inilah harinya Yehuwa berfirman kepadamu, ‘Lihatlah! Aku menyerahkan musuhmu ke dalam tanganmu+ dan engkau boleh melakukan apa saja yang engkau mahu terhadapnya.’” Oleh itu, Daud bangun dan dengan senyap-senyap dia memotong tepi jubah Saul yang tidak berlengan. 5 Tetapi selepas itu, Daud berasa bersalah*+ kerana dia telah memotong tepi jubah Saul yang tidak berlengan. 6 Dia berkata kepada anak buahnya, “Dalam pandangan Yehuwa, aku tidak sepatutnya melakukan hal seperti itu terhadap tuanku, orang yang dilantik oleh Yehuwa. Aku tidak boleh mencederakan dia kerana dia dilantik oleh Yehuwa.”+ 7 Demikianlah Daud menghalang* anak buahnya dengan kata-kata itu dan dia tidak membenarkan mereka menyerang Saul. Saul pula meninggalkan gua itu, lalu meneruskan perjalanannya.

8 Kemudian Daud bangun dan keluar dari gua itu lalu berseru kepada Saul, “Tuanku!”+ Apabila Saul menoleh ke belakang, Daud berlutut dan bersujud kepadanya. 9 Daud berkata kepada Saul, “Mengapa tuanku mempercayai orang yang berkata, ‘Lihatlah! Daud ingin mencederakan tuanku’?+ 10 Hari ini tuanku telah melihat sendiri bahawa di dalam gua itu, Yehuwa telah menyerahkan tuanku ke dalam tangan hamba. Tetapi apabila orang lain menyuruh hamba membunuh tuanku,+ hamba mengasihani tuanku dan memberitahunya, ‘Aku tidak akan mencederakan tuanku kerana dia dilantik oleh Yehuwa.’+ 11 Lihatlah, ayahanda! Ya, lihatlah tepi jubah tuanku yang hamba pegang ini. Semasa hamba memotong tepi jubah tuanku yang tidak berlengan ini, hamba tidak membunuh tuanku. Maka tuanku dapat lihat dan sedar bahawa hamba tidak berniat untuk memberontak atau mencederakan tuanku, dan hamba tidak berdosa terhadap tuanku.+ Meskipun begitu, tuanku mengejar hamba dan ingin membunuh hamba.+ 12 Semoga Yehuwa menjadi hakim antara tuanku dengan hamba.+ Semoga Yehuwa membalas perbuatan tuanku bagi pihak hamba.+ Namun hamba tidak akan mencederakan tuanku.+ 13 Ada pepatah kuno yang berbunyi, ‘Daripada yang jahat berasal kejahatan.’ Tetapi hamba tidak akan mencederakan tuanku. 14 Adakah raja orang Israel sedang mengejar hamba? Tetapi siapakah hamba ini? Hamba seperti seekor anjing mati, seekor kutu sahaja!+ 15 Semoga Yehuwa menjadi hakim yang akan menghakimi kita berdua. Dia akan memeriksa perkara ini dan membela hamba.+ Dia juga akan menghakimi hamba dan menyelamatkan hamba daripada tangan tuanku.”

16 Sebaik saja Daud selesai mengucapkan kata-kata itu, Saul bertanya, “Anakku Daud, adakah itu suaramu?”+ Lalu Saul mula menangis dengan kuat. 17 Dia berkata kepada Daud, “Kamu tidak bersalah, betalah yang bersalah kerana kamu berbuat baik kepada beta sedangkan beta membalas kamu dengan kejahatan.+ 18 Hari ini kamu menunjukkan bahawa kamu berbuat baik kepada beta dengan tidak membunuh beta, walaupun Yehuwa telah menyerahkan beta ke dalam tanganmu.+ 19 Siapakah yang akan melepaskan musuh yang ditemuinya tanpa mencederakannya? Yehuwa akan memberkati kamu dengan kebaikan+ kerana kamu berbuat baik terhadap beta hari ini. 20 Sekarang lihatlah! Beta tahu bahawa kamu pasti memerintah sebagai raja+ dan bahawa kerajaan Israel akan berkekalan di bawah pemerintahanmu. 21 Bersumpahlah kepada beta demi Yehuwa+ bahawa kamu tidak akan melenyapkan keturunan beta dan bahawa kamu tidak akan menghapuskan nama beta daripada keluarga ayahanda beta.”+ 22 Oleh itu, Daud bersumpah kepada Saul. Kemudian Saul kembali ke rumahnya,+ manakala Daud dan anak buahnya kembali ke tempat mereka berlindung.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi