-
Kejadian 41:2-4Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
2 Dia nampak tujuh ekor lembu yang gemuk dan sihat keluar dari Sungai Nil lalu makan rumput di situ.+ 3 Kemudian ada tujuh ekor lembu yang kurus dan buruk rupanya keluar dari Sungai Nil lalu berdiri di sebelah lembu-lembu gemuk yang ada di tebing sungai. 4 Selepas itu, lembu-lembu yang kurus dan buruk rupanya memakan tujuh ekor lembu yang gemuk dan sihat itu. Lalu Firaun terbangun daripada tidurnya.
-