PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Kejadian 41
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

Rangka Kejadian

      • Yusuf mentafsirkan mimpi Firaun (1-36)

      • Firaun memberi Yusuf kuasa yang besar (37-46a)

      • Yusuf mengumpulkan makanan di Mesir (46b-57)

Kejadian 41:1

Rujukan Silang

  • +Da 2:1

Kejadian 41:2

Rujukan Silang

  • +Kej 41:18-21

Kejadian 41:5

Rujukan Silang

  • +Kej 41:22-24

Kejadian 41:10

Rujukan Silang

  • +Kej 40:2, 3

Kejadian 41:11

Rujukan Silang

  • +Kej 40:5

Kejadian 41:12

Rujukan Silang

  • +Kej 39:1
  • +Kej 40:8

Kejadian 41:13

Rujukan Silang

  • +Kej 40:21, 22

Kejadian 41:14

Rujukan Silang

  • +Mz 105:20
  • +Kej 40:15

Kejadian 41:15

Rujukan Silang

  • +Da 5:12; Kis 7:9, 10

Kejadian 41:16

Rujukan Silang

  • +Kej 40:8; Da 2:23, 28

Kejadian 41:18

Rujukan Silang

  • +Kej 41:2-4

Kejadian 41:22

Rujukan Silang

  • +Kej 41:5-7

Kejadian 41:24

Rujukan Silang

  • +Kej 41:8; Da 2:2
  • +Da 2:27; 4:7

Kejadian 41:25

Rujukan Silang

  • +Da 2:28; Amo 3:7

Kejadian 41:30

Rujukan Silang

  • +Kis 7:11

Kejadian 41:34

Rujukan Silang

  • +Kej 41:26, 47

Kejadian 41:35

Rujukan Silang

  • +Kej 41:48, 49; Kis 7:12

Kejadian 41:36

Rujukan Silang

  • +Kej 45:9, 11; 47:13, 19

Kejadian 41:40

Rujukan Silang

  • +Kej 39:6; Mz 105:21; Kis 7:9, 10

Kejadian 41:41

Rujukan Silang

  • +Da 5:7

Kejadian 41:43

Nota kaki

  • *

    Nampaknya seruan ini adalah untuk memperlihatkan hormat dan kemuliaan.

Kejadian 41:44

Rujukan Silang

  • +Kej 44:18; 45:8; Kis 7:9, 10

Kejadian 41:45

Nota kaki

  • *

    Iaitu, Heliopolis.

  • *

    Atau “menjelajahi.”

Rujukan Silang

  • +Kej 46:20
  • +Mz 105:21

Kejadian 41:46

Nota kaki

  • *

    Atau “mula berkhidmat kepada.”

Rujukan Silang

  • +Bil 4:3; 2Sa 5:4; Lu 3:23

Kejadian 41:50

Nota kaki

  • *

    Iaitu, Heliopolis.

Rujukan Silang

  • +Kej 48:5

Kejadian 41:51

Nota kaki

  • *

    Maksudnya “Dia yang Membuat Lupa.”

Rujukan Silang

  • +Kej 50:23; Bil 1:34, 35

Kejadian 41:52

Nota kaki

  • *

    Mungkin bermaksud “Menggandakan Bilangan Anak.”

Rujukan Silang

  • +Kej 48:17; Bil 1:32, 33; Ul 33:17; Yos 14:4
  • +Mz 105:17, 18; Kis 7:9, 10

Kejadian 41:53

Rujukan Silang

  • +Kej 41:26

Kejadian 41:54

Rujukan Silang

  • +Kej 41:30; Kis 7:11
  • +Kej 45:9, 11; 47:17

Kejadian 41:55

Rujukan Silang

  • +Kej 47:13
  • +Mz 105:21

Kejadian 41:56

Rujukan Silang

  • +Kej 43:1
  • +Kej 41:48, 49; 47:16

Kejadian 41:57

Rujukan Silang

  • +Kej 47:4

Lain

Kej. 41:1Da 2:1
Kej. 41:2Kej 41:18-21
Kej. 41:5Kej 41:22-24
Kej. 41:10Kej 40:2, 3
Kej. 41:11Kej 40:5
Kej. 41:12Kej 39:1
Kej. 41:12Kej 40:8
Kej. 41:13Kej 40:21, 22
Kej. 41:14Mz 105:20
Kej. 41:14Kej 40:15
Kej. 41:15Da 5:12; Kis 7:9, 10
Kej. 41:16Kej 40:8; Da 2:23, 28
Kej. 41:18Kej 41:2-4
Kej. 41:22Kej 41:5-7
Kej. 41:24Kej 41:8; Da 2:2
Kej. 41:24Da 2:27; 4:7
Kej. 41:25Da 2:28; Amo 3:7
Kej. 41:30Kis 7:11
Kej. 41:34Kej 41:26, 47
Kej. 41:35Kej 41:48, 49; Kis 7:12
Kej. 41:36Kej 45:9, 11; 47:13, 19
Kej. 41:40Kej 39:6; Mz 105:21; Kis 7:9, 10
Kej. 41:41Da 5:7
Kej. 41:44Kej 44:18; 45:8; Kis 7:9, 10
Kej. 41:45Kej 46:20
Kej. 41:45Mz 105:21
Kej. 41:46Bil 4:3; 2Sa 5:4; Lu 3:23
Kej. 41:50Kej 48:5
Kej. 41:51Kej 50:23; Bil 1:34, 35
Kej. 41:52Kej 48:17; Bil 1:32, 33; Ul 33:17; Yos 14:4
Kej. 41:52Mz 105:17, 18; Kis 7:9, 10
Kej. 41:53Kej 41:26
Kej. 41:54Kej 41:30; Kis 7:11
Kej. 41:54Kej 45:9, 11; 47:17
Kej. 41:55Kej 47:13
Kej. 41:55Mz 105:21
Kej. 41:56Kej 43:1
Kej. 41:56Kej 41:48, 49; 47:16
Kej. 41:57Kej 47:4
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
  • 15
  • 16
  • 17
  • 18
  • 19
  • 20
  • 21
  • 22
  • 23
  • 24
  • 25
  • 26
  • 27
  • 28
  • 29
  • 30
  • 31
  • 32
  • 33
  • 34
  • 35
  • 36
  • 37
  • 38
  • 39
  • 40
  • 41
  • 42
  • 43
  • 44
  • 45
  • 46
  • 47
  • 48
  • 49
  • 50
  • 51
  • 52
  • 53
  • 54
  • 55
  • 56
  • 57
Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
Kejadian 41:1-57

Kejadian

41 Dua tahun kemudian, Firaun bermimpi+ bahawa dia sedang berdiri di tebing Sungai Nil. 2 Dia nampak tujuh ekor lembu yang gemuk dan sihat keluar dari Sungai Nil lalu makan rumput di situ.+ 3 Kemudian ada tujuh ekor lembu yang kurus dan buruk rupanya keluar dari Sungai Nil lalu berdiri di sebelah lembu-lembu gemuk yang ada di tebing sungai. 4 Selepas itu, lembu-lembu yang kurus dan buruk rupanya memakan tujuh ekor lembu yang gemuk dan sihat itu. Lalu Firaun terbangun daripada tidurnya.

5 Firaun tidur semula dan bermimpi untuk kali yang kedua. Dia nampak tujuh bulir gandum yang sihat dan berisi tumbuh pada satu tangkai.+ 6 Kemudian tumbuh pula tujuh bulir gandum yang kurus dan layu kerana ditiup oleh angin timur yang panas. 7 Tujuh bulir gandum yang kurus mula menelan tujuh bulir gandum yang sihat dan berisi. Pada masa itu, Firaun terbangun daripada tidurnya dan sedar bahawa semua itu hanyalah mimpi.

8 Keesokan paginya, Firaun berasa gelisah lalu memanggil semua imam di Mesir yang mengamalkan ilmu sihir dan juga semua orang yang berilmu. Firaun menceritakan mimpinya kepada mereka, tetapi tiada seorang pun yang dapat menjelaskan erti mimpi itu kepadanya.

9 Ketika itu, ketua pengurus minuman berkata kepada Firaun, “Pada hari ini, hamba ingin mengakui kesalahan hamba. 10 Dahulu tuanku Firaun marah kepada hamba dan ketua pengurus roti. Oleh itu, tuanku memasukkan hamba berdua ke dalam penjara di rumah ketua pengawal istana.+ 11 Pada suatu malam, hamba berdua bermimpi, dan mimpi hamba berdua mempunyai erti tersendiri.+ 12 Bersama hamba berdua terdapat seorang pemuda Ibrani yang merupakan hamba kepada ketua pengawal istana.+ Setelah hamba berdua menceritakan mimpi masing-masing,+ dia menjelaskan erti mimpi-mimpi itu. 13 Apa yang dijelaskan olehnya benar-benar berlaku. Jawatan hamba dikembalikan, tetapi pengurus roti digantungkan pada tiang.”+

14 Maka Firaun mengutus orang untuk memanggil Yusuf,+ lalu Yusuf segera dikeluarkan dari penjara.+ Dia bercukur dan mengganti pakaiannya lalu menghadap Firaun. 15 Firaun berkata kepada Yusuf, “Beta telah bermimpi, tetapi tiada seorang pun yang dapat menjelaskan ertinya. Beta diberitahu bahawa kamu dapat menjelaskan erti mimpi yang kamu dengar.”+ 16 Yusuf menjawab, “Tuanku, bukan hamba melainkan Tuhan yang dapat memberikan tafsiran yang baik bagi tuanku.”+

17 Firaun berkata kepada Yusuf, “Beta bermimpi bahawa beta sedang berdiri di tebing Sungai Nil. 18 Beta nampak tujuh ekor lembu yang gemuk dan sihat keluar dari sungai lalu makan rumput di situ.+ 19 Kemudian muncul pula tujuh ekor lembu yang kurus dan buruk rupanya. Belum pernah beta nampak lembu yang begitu buruk rupanya di seluruh negeri Mesir. 20 Selepas itu, lembu-lembu yang kurus dan buruk rupanya memakan tujuh ekor lembu yang gemuk itu. 21 Tetapi selepas makan, lembu-lembu yang kurus itu kelihatan seperti tidak pernah makan sama sekali; rupa semua lembu itu masih buruk seperti dahulu. Ketika itu, beta terbangun daripada tidur.

22 “Selepas itu, beta bermimpi lagi, dan beta nampak tujuh bulir gandum yang sihat dan berisi tumbuh pada satu tangkai.+ 23 Kemudian tumbuh pula tujuh bulir gandum yang kurus dan layu kerana ditiup oleh angin timur yang panas. 24 Selepas itu, tujuh bulir gandum yang kurus itu mula menelan tujuh bulir gandum yang sihat dan berisi. Beta menceritakan mimpi itu kepada semua imam di Mesir yang mengamalkan ilmu sihir,+ tetapi tiada seorang pun yang dapat menjelaskan ertinya.”+

25 Yusuf berkata kepada Firaun, “Kedua-dua mimpi tuanku mempunyai erti yang sama. Tuhan yang benar sudah menyatakan kepada tuanku apa yang akan dilakukan oleh-Nya.+ 26 Tujuh ekor lembu yang sihat itu bererti tujuh tahun. Demikian juga, tujuh bulir gandum yang berisi itu bererti tujuh tahun. Kedua-dua mimpi itu mempunyai erti yang sama. 27 Tujuh ekor lembu yang kurus dan buruk rupanya, yang muncul kemudian, dan tujuh bulir gandum yang tidak berisi dan layu kerana ditiup oleh angin timur yang panas, bererti kebuluran selama tujuh tahun. 28 Seperti yang telah hamba katakan kepada tuanku, Tuhan sudah menyatakan kepada tuanku apa yang bakal dilakukan oleh-Nya.

29 “Selama tujuh tahun, seluruh negeri Mesir akan melimpah-limpah dengan makanan. 30 Selepas itu, kebuluran akan berlaku selama tujuh tahun, dan negeri Mesir akan menjadi tandus. Masa kelimpahan makanan itu akan dilupakan sama sekali.+ 31 Kebuluran yang akan melanda itu sangat dahsyat, sehingga tiada seorang pun yang akan ingat bahawa pernah ada kelimpahan makanan di negeri ini. 32 Tuanku bermimpi dua kali kerana Tuhan yang benar sudah menentukan bahawa hal ini pasti berlaku, dan Dia akan melaksanakannya dengan segera.

33 “Sekarang, hendaklah tuanku mencari seorang lelaki yang berpengertian dan bijaksana, dan berilah dia kuasa untuk mengurus seluruh negeri Mesir. 34 Hendaklah tuanku melantik pegawai-pegawai untuk memungut satu perlima daripada hasil tanaman di Mesir selama tujuh tahun masa kelimpahan.+ 35 Hendaklah mereka mengumpulkan semua makanan selama tahun-tahun kelimpahan. Di bawah kuasa tuanku, hendaklah mereka menyimpan biji-bijian sebagai makanan di kota-kota dan menjaganya.+ 36 Makanan yang disimpan itu akan menampung keperluan negeri Mesir selama tujuh tahun masa kebuluran yang akan berlaku. Dengan demikian, rakyat dan ternakan tidak akan mati kebuluran.”+

37 Firaun dan semua pegawainya menyetujui cadangan Yusuf. 38 Maka Firaun berkata kepada pegawai-pegawainya, “Dapatkah kita mencari orang lain yang memiliki kuasa suci Tuhan seperti dia?” 39 Maka Firaun berkata kepada Yusuf, “Memandangkan Tuhan telah membolehkan kamu mengetahui semua hal ini, tiada orang yang lebih berpengertian dan lebih bijaksana daripada kamu. 40 Oleh itu, kamulah yang akan diberi kuasa atas rumah beta, dan semua rakyat beta akan mematuhi segala perintahmu.+ Betalah satu-satunya orang yang lebih berkuasa daripada kamu kerana betalah raja.” 41 Firaun berkata lagi kepada Yusuf, “Lihatlah! Beta melantik kamu untuk mengurus seluruh negeri Mesir.”+ 42 Lalu Firaun menanggalkan cincin mohor dari jarinya dan menyarungkannya pada jari Yusuf. Firaun juga mengenakan pakaian linen yang bermutu tinggi padanya dan mengalungkan rantai emas pada lehernya. 43 Selain itu, Firaun juga menyuruh Yusuf menaiki kereta kuda diraja yang kedua dan menyuruh orang berjalan di hadapannya sambil berseru, “Avrekh!”* Demikianlah Firaun melantik Yusuf untuk mengurus seluruh negeri Mesir.

44 Firaun berkata kepada Yusuf, “Betalah Firaun, tetapi tanpa kebenaran kamu, tidak ada seorang pun yang boleh melakukan apa-apa di seluruh negeri Mesir.”+ 45 Selepas itu, Firaun memberi Yusuf nama Zafenat-paneah dan mengahwinkannya dengan Asenat,+ anak perempuan Potifera, iaitu imam di On.* Yusuf pun mula mengurus* seluruh negeri Mesir.+ 46 Yusuf berumur 30 tahun+ semasa dia menghadap* Firaun, raja negeri Mesir.

Selepas itu, Yusuf meninggalkan Firaun lalu pergi menjelajahi seluruh negeri Mesir. 47 Selama tujuh tahun masa kelimpahan, tanah di negeri itu menghasilkan makanan yang sangat banyak. 48 Selama tujuh tahun, dia mengumpulkan semua makanan yang dihasilkan di Mesir dan menyimpannya di kota-kota. Di setiap kota, dia akan menyimpan makanan yang dihasilkan di ladang-ladang sekitar kota itu. 49 Biji-bijian yang dikumpulkan oleh Yusuf sangat banyak, seperti pasir di pantai. Akhirnya mereka berhenti menyukatnya kerana jumlahnya terlalu banyak.

50 Sebelum masa kebuluran tiba, Yusuf mendapat dua orang anak lelaki+ yang dilahirkan oleh Asenat, anak perempuan Potifera, iaitu imam di On.* 51 Yusuf berkata, “Tuhan telah membuat aku lupa akan semua penderitaanku dan rumah tangga bapaku.” Maka dia menamakan anak sulungnya Manasye.*+ 52 Dia menamakan anaknya yang kedua Efraim.*+ Dia berkata, “Tuhan sudah memberikan anak kepadaku di negeri aku mengalami kesukaran.”+

53 Kemudian tujuh tahun masa kelimpahan di negeri Mesir berakhir.+ 54 Lalu bermulalah tujuh tahun masa kebuluran, tepat seperti yang dikatakan oleh Yusuf.+ Kebuluran berlaku di merata tempat, tetapi di seluruh Mesir terdapat makanan.+ 55 Akhirnya, seluruh negeri Mesir mengalami kebuluran dan rakyat mula merayu kepada Firaun agar diberi makanan.+ Maka Firaun berkata kepada semua rakyat Mesir, “Pergilah berjumpa dengan Yusuf, dan lakukanlah apa sahaja yang diperintahkan olehnya.”+ 56 Kebuluran terus berlaku di seluruh bumi.+ Memandangkan kebuluran yang berlaku di Mesir sangat dahsyat, Yusuf mula membuka semua gudang makanan di situ dan menjual makanan kepada orang Mesir.+ 57 Orang dari seluruh bumi juga datang ke Mesir untuk membeli makanan daripada Yusuf, kerana kebuluran di seluruh bumi sangat dahsyat.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi