-
Kejadian 29:33, 34Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
33 Kemudian dia hamil lagi dan melahirkan seorang anak lelaki. Dia berkata, “Yehuwa telah mendengar bahawa aku tidak dikasihi, maka Dia juga memberikan anak ini kepadaku.” Oleh itu, dia menamakan anak itu Simeon.*+ 34 Dia hamil lagi dan melahirkan seorang anak lelaki. Dia berkata, “Kini suamiku akan lebih terikat kepadaku, kerana aku sudah melahirkan tiga orang anak lelaki untuknya.” Maka dia menamakan anak itu Lewi.*+
-
-
Kejadian 35:23Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
23 Anak-anak lelaki yang dilahirkan oleh Lea ialah Ruben, iaitu anak sulung Yakub,+ diikuti dengan Simeon, Lewi, Yehuda, Isakhar, dan Zebulon.
-