-
Kejadian 49:29-33Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
29 Kemudian dia memberikan perintah berikut: “Tidak lama lagi, aku akan meninggal seperti nenek moyangku.+ Kebumikanlah aku bersama dengan nenek moyangku di gua yang terletak di tanah milik Efron, orang Het.+ 30 Itulah gua yang terletak di tanah Makhpela, berdekatan Mamre di Kanaan, iaitu tanah yang dibeli oleh Abraham daripada Efron, orang Het, untuk dijadikan tempat pengebumian. 31 Di sanalah Abraham dan isterinya Sara dikebumikan.+ Di sana juga Ishak+ dan isterinya Ribka dikebumikan, dan di sanalah aku mengebumikan Lea. 32 Tanah dan gua yang ada di situ telah dibeli daripada orang Het.”+
33 Selepas Yakub menyampaikan pesanannya kepada anak-anak lelakinya, dia berbaring di atas katil dan menghembuskan nafas yang terakhir, lalu meninggal seperti nenek moyangnya.+
-
-
Kejadian 50:13, 14Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
13 Mereka membawa mayat Yakub ke Kanaan dan mengebumikannya di dalam gua di tanah Makhpela. Itulah tanah yang berdekatan Mamre, yang dibeli oleh Abraham daripada Efron, orang Het, untuk dijadikan kuburan.+ 14 Selepas Yusuf mengebumikan bapanya, dia kembali ke Mesir bersama adik-beradiknya dan semua orang yang mengikutinya untuk mengebumikan bapanya.
-