-
Kejadian 23:8, 9Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
8 Dia berkata, “Jika kamu membenarkan aku mengebumikan isteriku di sini, dengarlah apa yang ingin aku katakan. Tolonglah minta Efron anak Zohar 9 supaya menjual Gua Makhpela yang terletak di pinggir tanahnya kepadaku. Aku akan memberinya perak yang secukupnya+ di hadapan kamu semua untuk membeli gua itu sebagai tempat pengebumian.”+
-
-
Kejadian 49:29, 30Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
29 Kemudian dia memberikan perintah berikut: “Tidak lama lagi, aku akan meninggal seperti nenek moyangku.+ Kebumikanlah aku bersama dengan nenek moyangku di gua yang terletak di tanah milik Efron, orang Het.+ 30 Itulah gua yang terletak di tanah Makhpela, berdekatan Mamre di Kanaan, iaitu tanah yang dibeli oleh Abraham daripada Efron, orang Het, untuk dijadikan tempat pengebumian.
-