PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Kejadian 17:10
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 10 Inilah perjanjian antara Aku dengan engkau: Semua lelaki dalam kalangan kamu mesti disunat.+ Engkau dan keturunanmu mesti mematuhi perjanjian ini.

  • Kejadian 17:23
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 23 Pada hari itu juga, Abraham menyunat anaknya Ismael, semua lelaki yang dilahirkan dalam rumah tangganya, dan setiap lelaki yang dibeli. Semua lelaki dalam rumah tangga Abraham telah disunat seperti yang diperintahkan oleh Tuhan.+

  • Kejadian 22:3
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 3 Pada awal pagi, Abraham bangun lalu memasang pelana pada keldainya dan membelah-belah kayu yang akan digunakan untuk korban bakar. Kemudian dia membawa dua orang hamba serta anaknya Ishak, lalu berangkat ke tempat yang telah ditunjukkan oleh Tuhan kepadanya.

  • Kejadian 22:12
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 12 Kemudian malaikat itu berkata, “Jangan bunuh anak itu, dan jangan lakukan apa-apa terhadapnya. Sekarang Aku* tahu bahawa engkau takut akan Tuhan kerana engkau rela menyerahkan anakmu yang tunggal kepada-Ku.”+

  • Ibrani 11:8
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 8 Kerana beriman, Abraham+ mematuhi Tuhan semasa Tuhan memanggilnya untuk pergi ke tempat yang akan diberikan sebagai warisan kepadanya. Abraham meninggalkan negerinya meskipun dia tidak tahu ke mana dia akan pergi.+

  • Yakobus 2:21
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 21 Fikirkan Abraham, bapa kita yang mempersembahkan anaknya Ishak di atas mazbah. Bukankah dia dianggap sebagai orang yang berbuat benar kerana perbuatannya itu?+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi