PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Keluaran 28:15-21
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 15 “Buatlah sehelai penutup dada penghakiman.+ Penutup dada ini haruslah disulam daripada bahan-bahan yang digunakan untuk membuat efod, iaitu benang emas, benang biru, benang merah, kain bulu yang dicelup ungu, dan kain linen halus yang dipintal.+ 16 Penutup dada itu haruslah berbentuk segi empat apabila dilipat dua. Ukurannya haruslah 22.2 sentimeter* panjang dan 22.2 sentimeter lebar. 17 Penutup dada itu harus ditatah dengan empat baris batu permata. Pada baris pertama, batu delima, batu topaz, dan batu zamrud. 18 Pada baris kedua, batu firus, batu nilam, dan batu jasper. 19 Pada baris ketiga, batu leshem,* batu akik, dan batu kecubung. 20 Pada baris keempat, batu krisolit, batu oniks, dan batu jed. Batu-batu itu haruslah ditatah pada bingkai emas. 21 Ukirkan nama 12 anak lelaki Israel di atas batu-batu itu, seperti mengukir meterai. Ukirkan satu nama di atas satu batu. Nama-nama itu melambangkan 12 suku Israel.

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi