PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Keluaran 39:8-14
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 8 Setelah itu, dia menyulam sehelai penutup dada+ daripada bahan-bahan yang digunakan untuk membuat efod, iaitu benang emas, benang biru, benang merah, kain bulu yang dicelup ungu, dan kain linen halus yang dipintal.+ 9 Penutup dada itu berbentuk segi empat apabila dilipat dua dan berukuran 22.2 sentimeter* panjang dan 22.2 sentimeter lebar. 10 Penutup dada itu ditatah dengan empat baris batu permata. Pada baris pertama, batu delima, batu topaz, dan batu zamrud. 11 Pada baris kedua, batu firus, batu nilam, dan batu jasper. 12 Pada baris ketiga, batu leshem,* batu akik, dan batu kecubung. 13 Pada baris keempat, batu krisolit, batu oniks, dan batu jed. Semua batu itu ditatah pada bingkai emas. 14 Para pekerja yang mahir itu mengukirkan nama 12 suku Israel di atas batu-batu itu. Mereka mengukirnya seperti mengukir meterai. Mereka mengukirkan satu nama di atas satu batu. Batu-batu itu berjumlah 12 biji kerana Israel mempunyai 12 orang anak lelaki.

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi