PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Keluaran 4:21
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 21 Yehuwa berfirman kepada Musa, “Aku telah memberi engkau kuasa untuk melakukan mukjizat. Setelah engkau tiba di Mesir, lakukanlah segala mukjizat itu di hadapan Firaun.+ Tetapi Aku akan membiarkan dia berkeras hati,+ sehingga dia tidak membenarkan umat-Ku pergi.+

  • Keluaran 7:13
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 13 Meskipun demikian, Firaun tetap berkeras hati+ dan enggan mendengarkan Musa dan Harun, seperti yang sudah difirmankan oleh Yehuwa.

  • Keluaran 7:22
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 22 Namun tukang-tukang sihir Mesir melakukan hal yang sama dengan ilmu sihir mereka.+ Oleh itu, seperti yang telah difirmankan oleh Yehuwa, Firaun tetap berkeras hati dan enggan mendengarkan kata-kata Musa dan Harun.+

  • Keluaran 8:15
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 15 Apabila Firaun nampak bahawa semua katak sudah mati, dia berkeras hati+ semula dan enggan mendengarkan Musa dan Harun, sebagaimana yang telah difirmankan oleh Yehuwa.

  • Keluaran 8:19
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 19 Tukang-tukang sihir itu berkata kepada Firaun, “Kuasa suci Tuhan*+ yang membolehkan hal ini terjadi!” Namun Firaun tetap berkeras hati dan enggan mendengarkan Musa dan Harun, sebagaimana yang telah difirmankan oleh Yehuwa.

  • Keluaran 9:12
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 12 Tetapi Yehuwa membiarkan Firaun berkeras hati. Dia tidak mendengarkan Musa dan Harun, seperti yang telah difirmankan oleh Yehuwa.+

  • Keluaran 9:35
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 35 Sebagaimana yang difirmankan oleh Yehuwa melalui Musa, Firaun tetap berdegil dan enggan membenarkan orang Israel pergi.+

  • Keluaran 10:20
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 20 Namun Yehuwa membiarkan Firaun berkeras hati+ sehingga dia enggan membenarkan orang Israel pergi.

  • Keluaran 10:27
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 27 Maka Yehuwa membiarkan Firaun berkeras hati sehingga dia tidak membenarkan orang Israel pergi.+

  • Keluaran 11:10
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 10 Musa dan Harun melakukan segala mukjizat itu di hadapan Firaun.+ Namun Yehuwa membiarkan Firaun berkeras hati, sehingga dia enggan membenarkan orang Israel pergi dari negerinya.+

  • Keluaran 14:8
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 8 Yehuwa membiarkan Firaun, raja Mesir, berkeras hati sehingga dia mengejar orang Israel yang sedang meninggalkan Mesir dengan penuh keberanian.+

  • Roma 9:17, 18
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 17 Beginilah yang dikatakan dalam ayat suci mengenai Firaun:* “Aku membiarkan kamu terus hidup atas sebab ini: Untuk menunjukkan kuasa-Ku melalui kamu dan untuk mengisytiharkan nama-Ku di serata bumi.”+ 18 Jelaslah, Tuhan berbelas kasihan kepada orang yang dikehendaki-Nya tetapi Dia membiarkan orang lain berkeras kepala.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi