10Kemudian Yehuwa berfirman kepada Musa, “Pergilah menghadap Firaun kerana Aku telah membiarkan dia dan para pegawainya berkeras hati.+ Dengan itu, Aku dapat melakukan mukjizat-mukjizat-Ku di hadapannya.+
4 Aku akan membiarkan Firaun berkeras hati+ sehingga dia mengejar kamu. Aku akan dimuliakan apabila Aku mengalahkan Firaun dan tenteranya.+ Dengan demikian, orang Mesir pasti akan tahu bahawa Akulah Yehuwa.”+ Orang Israel melakukan semua yang diperintahkan kepada mereka.