PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Keluaran 9:15, 16
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 15 Sebenarnya, jika Aku menghulurkan tangan-Ku untuk menghukummu dan rakyatmu dengan wabak penyakit yang teruk, tentu kamu semua sudah lenyap dari muka bumi ini. 16 Namun Aku membenarkan engkau hidup supaya Aku dapat menunjukkan kuasa-Ku kepadamu, dan supaya nama-Ku diisytiharkan ke seluruh bumi.+

  • Keluaran 15:11
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 11 Ya Yehuwa, tuhan-tuhan manakah yang seperti Engkau?+

      Siapakah yang dapat menandingi kesucian-Mu+ yang agung?

      Engkaulah Tuhan yang patut digeruni dan dipuji, Tuhan yang melakukan keajaiban.+

  • Keluaran 18:10, 11
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 10 Yitro berkata, “Pujilah Yehuwa kerana Dia telah menyelamatkan kamu daripada Firaun dan orang Mesir! Dia telah membebaskan orang Israel daripada perhambaan di Mesir. 11 Sekarang aku tahu bahawa Yehuwa lebih berkuasa daripada semua tuhan lain.+ Dia telah menunjukkan kuasa-Nya kepada orang Mesir yang bertindak angkuh terhadap umat-Nya.”

  • Yosua 2:9, 10
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 9 Dia berkata, “Aku tahu Yehuwa pasti akan memberi kamu negeri ini.+ Kamu telah menyebabkan kami dicengkam rasa takut,+ dan semua penduduk negeri ini sudah lemah semangat kerana kamu.+ 10 Kami mendengar bahawa Yehuwa telah mengeringkan Laut Merah di hadapan kamu ketika kamu meninggalkan Mesir.+ Kami juga mendengar bahawa kamu telah menghapuskan Sihon+ dan Og,+ iaitu dua orang raja bangsa Amori di sebelah timur Sungai Yordan.

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi