PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Keluaran 7:5
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 5 Maka orang Mesir pasti akan tahu bahawa Akulah Yehuwa+ apabila Aku menghukum mereka dan membebaskan orang Israel dari Mesir.”

  • Keluaran 7:17
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 17 Maka Yehuwa berfirman, “Engkau akan tahu bahawa Akulah Yehuwa.+ Lihatlah! Aku akan memukul air Sungai Nil dengan tongkat-Ku, lalu airnya akan berubah menjadi darah.

  • Keluaran 8:9, 10
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 9 Musa berkata kepada Firaun, “Hamba akan menurut perintah tuanku. Tuanku tentukanlah bila hamba patut merayu bagi pihak tuanku agar katak-katak ini meninggalkan tuanku, pegawai tuanku, rakyat tuanku, dan rumah-rumah tuanku. Tiada lagi yang akan tinggal kecuali katak di dalam Sungai Nil.” 10 Firaun menjawab, “Esok.” Jadi Musa berkata, “Segala-galanya akan terjadi menurut permintaan tuanku, agar tuanku tahu bahawa tiada sesiapa pun yang setanding Yehuwa,+ Tuhan hamba sekalian.

  • Keluaran 8:22
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 22 Pada hari itu, Aku akan mengasingkan kawasan Gosyen, tempat tinggal umat-Ku. Lalat besar tidak akan terdapat di sana.+ Dengan demikian, engkau akan tahu bahawa Aku, Yehuwa, berkuasa atas seluruh bumi ini.+

  • Keluaran 14:4
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 4 Aku akan membiarkan Firaun berkeras hati+ sehingga dia mengejar kamu. Aku akan dimuliakan apabila Aku mengalahkan Firaun dan tenteranya.+ Dengan demikian, orang Mesir pasti akan tahu bahawa Akulah Yehuwa.”+ Orang Israel melakukan semua yang diperintahkan kepada mereka.

  • Ulangan 10:14
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 14 Ketahuilah bahawa langit dan segala sesuatu di langit, serta bumi dan segala sesuatu di bumi, merupakan milik Yehuwa, Tuhan kamu.+

  • Mazmur 24:1
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 24 Bumi dan segala sesuatu di dalamnya milik Yehuwa;+

      Tanah yang subur dan penduduknya juga kepunyaan-Nya.

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi