PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Keluaran 15:5
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    •  5 Air laut yang bergelora menutupi mereka. Seperti batu, mereka tenggelam ke dasar laut.+

  • Keluaran 15:10
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 10 Tetapi Engkau menghembuskan nafas-Mu, lalu laut menutupi mereka.+

      Seperti batu yang besar, mereka tenggelam ke dalam lautan yang luas.

  • Ulangan 11:3, 4
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 3 Anak-anak kamu tidak melihat tanda dan mukjizat yang dilakukan oleh Tuhan terhadap raja Mesir dan seluruh negerinya,+ 4 dan terhadap tentera Mesir, termasuk semua kuda dan kereta kuda Firaun. Semasa kamu dikejar, Yehuwa telah menenggelamkan seluruh tentera Mesir di dalam Laut Merah dan membinasakan mereka sama sekali.+

  • Yosua 24:6, 7
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 6 Semasa Aku membawa nenek moyang kamu keluar dari Mesir,+ orang Mesir mengejar mereka dengan kereta kuda dan askar berkuda sampai ke Laut Merah.+ Nenek moyang kamu yang berada di tepi laut 7 berseru untuk meminta tolong daripada Aku, Yehuwa.+ Oleh itu Aku mendatangkan kegelapan antara mereka dengan orang Mesir, dan menyebabkan air laut menenggelami orang Mesir.+ Kamu telah menyaksikan perbuatan-Ku di Mesir dengan mata kamu sendiri.+ Selepas itu, kamu tinggal di padang belantara untuk masa yang lama.+

  • Nehemia 9:10, 11
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 10 Kemudian Engkau memberikan tanda dan melakukan mukjizat untuk menghukum Firaun,* semua pegawainya, dan semua rakyat di negerinya,+ kerana mereka telah menindas* umat-Mu.+ Dengan demikian, Engkau telah membuat nama-Mu masyhur sehingga hari ini.+ 11 Engkau membelah air laut di hadapan umat-Mu supaya mereka dapat berjalan melintasi dasar laut yang kering.+ Engkau melemparkan musuh yang mengejar mereka ke dalam laut yang dalam, seperti menghumban batu ke dalam laut yang bergelora.+

  • Mazmur 78:53
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 53 Dia membawa mereka ke tempat yang selamat,

      Dan mereka tidak takut;+

      Laut telah menghanyutkan musuh-musuh mereka.+

  • Ibrani 11:29
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 29 Kerana beriman, umat Israel menyeberangi Laut Merah seperti berjalan di atas tanah yang kering.+ Tetapi semasa orang Mesir mencuba menyeberanginya, laut itu menelan mereka.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi