PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Kejadian 3:24
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 24 Setelah Dia mengusir mereka,* Dia menempatkan kerub-kerub*+ di sebelah timur Taman Eden dan sebilah pedang berapi yang berpusing-pusing untuk menjaga jalan menuju ke pokok kehidupan.

  • Keluaran 36:8-13
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 8 Tukang-tukang yang mahir+ membuat 10 helai kain untuk khemah suci.+ Kain-kain itu dibuat daripada kain linen halus yang dipintal, benang biru, benang merah, dan kain bulu yang dicelup ungu. Bezaleel menyulam kain-kain itu dengan gambar kerub.+ 9 Ukuran setiap kain itu sama, iaitu 12.5 meter panjang dan 1.8 meter lebar.* 10 Bezaleel menyambungkan lima helai kain itu menjadi sehelai kain besar. Dia juga berbuat demikian dengan lima helai kain yang lain. 11 Kemudian dia membuat gelung-gelung daripada benang biru pada pinggir kain besar itu. Dia juga berbuat demikian pada pinggir kain besar yang satu lagi supaya kedua-duanya dapat disambungkan. 12 Dia membuat 50 gelung pada pinggir kain besar itu, dan 50 gelung pada pinggir kain besar yang satu lagi, supaya gelungan pada kedua-dua helai kain itu saling berpadanan apabila disambungkan. 13 Akhirnya, dia membuat 50 bentuk cangkuk emas untuk menyambungkan kedua-dua kain itu, supaya mendapat sehelai kain yang besar untuk khemah suci.

  • Mazmur 99:1
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 99 Yehuwa sudah menjadi Raja.+ Hendaklah orang terketar-ketar.

      Dia bertakhta di atas* kerub. Hendaklah bumi bergegar.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi