PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Keluaran 40:21
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 21 Dia membawa tabut perjanjian ke dalam khemah suci dan menggantung tirai+ pemisah di hadapan tabut itu,+ seperti yang diperintahkan oleh Yehuwa kepadanya.

  • Imamat 16:2
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 2 Yehuwa berfirman, “Beritahulah Harun bahawa dia tidak boleh masuk sesuka hati ke dalam Bilik Maha Suci+ yang terletak di belakang tirai pemisah,+ lalu berdiri di hadapan penutup tabut. Jika dia berbuat demikian, dia akan mati+ kerana Aku akan menampakkan diri di dalam awan+ di atas penutup itu.+

  • 1 Raja-Raja 8:6
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 6 Kemudian para imam membawa tabut perjanjian Yehuwa ke tempat yang telah ditentukan,+ iaitu ke dalam Bilik Maha Suci. Itulah bilik di bahagian paling belakang Rumah Tuhan, dan mereka meletakkannya di bawah sayap kerub-kerub.+

  • Ibrani 9:2-4
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 2 Di dalam khemah yang didirikan, bilik yang pertama mengandungi kaki pelita,+ meja, dan roti yang sudah dipersembahkan kepada Tuhan.+ Bilik ini dipanggil Bilik Suci.+ 3 Di belakang tirai yang kedua di dalam khemah itu,+ terdapat sebuah bilik yang dipanggil Bilik Maha Suci.+ 4 Di situ terdapat bekas perbaraan emas+ dan tabut perjanjian+ yang seluruhnya disaluti dengan emas.+ Di dalam tabut perjanjian tersebut, terdapat balang emas berisi manna,+ tongkat Harun yang telah bertunas,+ dan batu-batu tulis+ yang padanya tertulis hukum-hukum* Tuhan.

  • Ibrani 9:12
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 12 Kristus masuk ke dalam Bilik Maha Suci bukan dengan membawa darah kambing atau darah lembu jantan muda, tetapi dengan membawa darahnya sendiri.+ Dia masuk sekali untuk selama-lamanya dan memperoleh pembebasan* yang kekal untuk kita.+

  • Ibrani 9:24
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 24 Kristus tidak masuk ke dalam Bilik Maha Suci yang dibuat dengan tangan manusia,+ yang hanyalah tiruan daripada Bilik Maha Suci yang sebenar.+ Tetapi dia masuk ke syurga;+ sekarang di sana, dia menghadap Tuhan bagi pihak kita.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi