-
1 Raja-Raja 6:27Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
27 Kemudian dia meletakkan kedua-dua kerub+ itu di dalam Bilik Maha Suci. Sayap kerub-kerub itu terbentang dan saling menyentuh di tengah-tengah bilik. Sayap lain kerub yang pertama menyentuh dinding, dan sayap lain kerub yang kedua menyentuh dinding yang satu lagi.
-
-
2 Tawarikh 5:7Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
7 Kemudian para imam membawa tabut perjanjian Yehuwa ke tempat yang telah ditentukan, iaitu ke dalam Bilik Maha Suci. Itulah bilik di bahagian paling belakang Rumah Tuhan, dan mereka meletakkannya di bawah sayap kerub-kerub.+
-
-
Mazmur 80:1Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
80 Ya Gembala Israel, dengarlah,
Engkau yang memimpin Yusuf seperti sekawanan biri-biri.+
-
-
Yehezkiel 10:5Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
5 Bunyi sayap kerub-kerub itu kedengaran sampai ke halaman luar. Bunyinya seperti suara Tuhan Yang Maha Kuasa semasa Dia berfirman.+
-