Mazmur
Untuk pengarah muzik; diselaraskan dengan “Bunga Bakung.” Sebuah peringatan. Lagu yang digubah oleh Asaf.+
80 Ya Gembala Israel, dengarlah,
Engkau yang memimpin Yusuf seperti sekawanan biri-biri.+
2 Tunjukkanlah kekuatan-Mu
Di hadapan Efraim, Benyamin, dan Manasye;+
Datanglah dan selamatkanlah kami.+
4 Tuhan Yehuwa, ketua angkatan syurga, sampai bilakah Engkau akan membenci umat-Mu dan enggan mendengar doa mereka?+
5 Engkau memberi mereka air mata sebagai makanan,
Dan Engkau memberi mereka air mata yang melimpah-limpah sebagai minuman.
6 Engkau membiarkan jiran kami berebut-rebut untuk mengalahkan kami;
Musuh-musuh asyik menghina kami dengan sesuka hati.+
7 Ya Tuhan, ketua angkatan syurga, pulihkanlah kami;
8 Engkau membawa sebatang pokok anggur+ keluar dari Mesir.
Engkau mengusir bangsa-bangsa lain lalu menanam pokok anggur itu.+
9 Engkau menyediakan ruang untuk pokok anggur itu,
Dan akarnya bertumbuh lalu memenuhi seluruh negeri itu.+
10 Bayangnya menutupi gunung-ganang,
Dan dahannya meliputi pokok-pokok sedar Tuhan.
12 Mengapakah Engkau merobohkan tembok batu di sekeliling kebun anggur itu+
Sehingga orang yang lalu-lalang dapat memetik buahnya?+
13 Babi-babi hutan merosakkannya,
Dan binatang-binatang liar di padang memakannya.+
14 Ya Tuhan, ketua angkatan syurga, tolonglah kembali.
Pandanglah dari syurga dan lihatlah ke bawah!
Jagalah pokok anggur itu,+
15 Tunas pokok* yang telah Engkau tanam dengan tangan kanan-Mu,+
Dan lihatlah anak lelaki* yang telah Engkau jadikan kuat untuk diri-Mu.+
16 Pokok anggur itu dibakar dengan api+ dan ditebang.
Umat itu binasa kerana teguran-Mu.
17 Semoga Engkau menyokong orang yang berada di tangan kanan-Mu,
Iaitu anak manusia yang telah Engkau jadikan kuat untuk diri-Mu.+
18 Maka kami tidak akan berpaling daripada-Mu.
Peliharalah nyawa kami supaya kami dapat menyeru nama-Mu.