Mazmur
Untuk pengarah muzik; menurut Gitit.* Lagu yang digubah oleh Asaf.+
81 Bersorak-sorailah kepada Tuhan, kekuatan kita.+
Laungkanlah sorakan kemenangan kepada Tuhan Yakub.
2 Mulakanlah muzik dan ambillah tamborin,
Mainkanlah kecapi dan alat muzik yang bertali dengan merdu.
4 Inilah satu hukum untuk Israel,
Satu perintah daripada Tuhan Yakub.+
Aku mendengar suara* yang tidak aku kenal:
6 “Aku telah mengangkat beban dari bahu kamu;+
Tangan kamu tidak lagi memegang bakul itu.
7 Semasa kamu dalam kesusahan dan berseru kepada-Ku, Aku telah menyelamatkan kamu;+
Aku telah menjawab kamu dari sebalik awan petir.+
Aku telah menguji kamu di Sumber Air Meriba.*+ (Selah)
8 Dengarlah, hai umat-Ku, Aku akan memberikan nasihat kepada kamu.
Hai Israel, alangkah baiknya jika kamu mendengar firman-Ku!+
9 Tidak boleh ada tuhan asing dalam kalangan kamu,
Dan janganlah kamu bersujud kepada tuhan lain.+
10 Akulah Yehuwa, Tuhan kamu,
Yang membawa kamu keluar dari Mesir.+
Bukalah mulut kamu besar-besar, dan Aku akan memberi kamu makan sepuas-puasnya.+
11 Tetapi umat-Ku enggan mendengar suara-Ku;
Israel tidak mahu tunduk kepada-Ku.+
12 Oleh itu, Aku membiarkan mereka mengikut keinginan hati mereka yang degil;
Mereka melakukan apa yang disangka benar oleh mereka.+
13 Alangkah baiknya jika umat-Ku mendengar firman-Ku!+
Alangkah baiknya jika Israel hidup menurut haluan-Ku!+
14 Jika mereka berbuat demikian, Aku akan mengalahkan musuh mereka dengan segera;
Aku akan menentang semua lawan mereka.+
15 Orang yang membenci Yehuwa akan terketar-ketar ketakutan di hadirat-Nya,
Dan hukuman* mereka akan kekal buat selama-lamanya.