-
Keluaran 38:1-7Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
38 Bezaleel membuat sebuah mazbah untuk korban bakar daripada kayu akasia. Mazbah itu berbentuk segi empat, berukuran kira-kira dua meter panjang, kira-kira dua meter lebar, dan kira-kira satu meter tinggi.*+ 2 Dia membuat tanduk-tanduk pada keempat-empat sudutnya, dan tanduk-tanduk itu menjadi sebahagian daripada mazbah. Kemudian dia menyaluti semua itu dengan tembaga.+ 3 Setelah itu, dia membuat segala peralatan untuk mazbah, iaitu baldi, penyodok, mangkuk, garpu, dan bekas perbaraan. Dia membuat semua peralatan itu daripada tembaga. 4 Dia membuat kekisi daripada tembaga dan memasukkan kekisi itu di bawah jalur yang melingkari mazbah, di tengah-tengah mazbah, iaitu setengah daripada ketinggian mazbah. 5 Dia membuat empat buah gelang, lalu memasangkan satu gelang pada setiap sudut dekat kekisi tembaga itu untuk menyangga kayu pengusung. 6 Selepas itu, dia membuat kayu-kayu pengusung daripada kayu akasia dan menyalutinya dengan tembaga. 7 Dia memasukkan kayu pengusung itu ke dalam gelang pada kedua-dua sisi mazbah itu supaya mazbah dapat diusung. Mazbah itu berbentuk kotak kosong yang diperbuat daripada papan.
-