PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Keluaran 27:1-8
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 27 “Buatlah sebuah mazbah daripada kayu akasia.+ Mazbah itu haruslah berbentuk segi empat, berukuran kira-kira dua meter panjang, kira-kira dua meter lebar, dan kira-kira satu meter tinggi.*+ 2 Buatlah tanduk-tanduk+ pada keempat-empat sudutnya, dan tanduk-tanduk itu akan menjadi sebahagian daripada mazbah. Semuanya haruslah disaluti tembaga.+ 3 Buatlah baldi untuk mengumpulkan abu,* dan buatlah juga penyodok, mangkuk, garpu, dan bekas perbaraan. Semua peralatan mazbah haruslah diperbuat daripada tembaga.+ 4 Buatlah kekisi daripada tembaga dan empat buah gelang tembaga, lalu pasangkan satu gelang pada setiap sudut. 5 Masukkan kekisi itu di bawah jalur yang melingkari mazbah, di tengah-tengah mazbah, iaitu setengah daripada ketinggian mazbah. 6 Buatlah kayu pengusung daripada kayu akasia untuk mazbah, dan salutilah kayu-kayu itu dengan tembaga. 7 Masukkan kayu pengusung itu ke dalam gelang pada kedua-dua sisi mazbah itu semasa mazbah diusung.+ 8 Gunakanlah kepingan papan untuk membuat mazbah. Mazbah itu haruslah berbentuk kotak kosong, menurut contoh yang ditunjukkan kepadamu di atas gunung ini.+

  • Keluaran 40:10
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 10 Urapilah mazbah untuk korban bakar dan segala peralatannya dengan minyak suci untuk mentahbiskannya. Dengan demikian, mazbah itu akan menjadi suci sepenuhnya.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi