-
Imamat 8:14-17Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
14 Kemudian Musa membawa lembu jantan untuk korban dosa+ ke hadapan, lalu Harun dan anak-anak lelakinya meletakkan tangan mereka di atas kepala lembu itu. 15 Musa menyembelih lembu itu dan mengambil sedikit darah+ lembu itu dengan jarinya, lalu menyapukan darah itu pada tanduk-tanduk di setiap sisi mazbah untuk menyucikannya. Dia menuangkan darah yang selebihnya di bahagian bawah mazbah untuk menyucikan mazbah supaya korban dapat dipersembahkan di atasnya. 16 Musa mengambil semua lemak yang meliputi usus lembu, lemak yang ada pada hati lembu, dan kedua-dua ginjal berserta lemaknya, lalu membakar semuanya sehingga asap naik dari mazbah.+ 17 Tetapi kulit, daging, dan tahi lembu itu, iaitu semua bahagian lain lembu jantan itu, dibakar di luar perkhemahan,+ seperti yang diperintahkan oleh Yehuwa kepada Musa.
-