-
Keluaran 29:10-14Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
10 “Bawalah lembu jantan itu ke hadapan khemah pertemuan. Harun dan anak-anak lelakinya haruslah meletakkan tangan mereka di atas kepala lembu itu.+ 11 Kemudian, sembelihlah lembu itu di hadapan Aku, Yehuwa, iaitu di depan pintu masuk khemah pertemuan.+ 12 Ambillah sedikit darah lembu jantan itu, lalu dengan jarimu, sapukan darah itu pada tanduk-tanduk mazbah.+ Selepas itu, tuangkan sisa darah itu di bahagian bawah mazbah.+ 13 Ambillah semua lemak+ pada usus dan hati lembu itu, serta kedua-dua ginjal dengan lemaknya, lalu bakarlah semua itu sehingga asap naik dari mazbah.+ 14 Tetapi bakarlah daging, kulit, dan tahi lembu itu di luar perkhemahan. Buatlah semua ini sebagai korban dosa.
-
-
Imamat 4:3, 4Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
3 “‘Jika imam yang diurapi+ berdosa+ sehingga menyebabkan segenap umat bersalah, dia harus mempersembahkan seekor lembu jantan muda yang tidak ada kecacatan sebagai korban dosa+ kepada Aku, Yehuwa. 4 Dia harus membawa lembu jantan itu ke hadapan Aku, Yehuwa, iaitu di hadapan pintu masuk khemah pertemuan.+ Dia harus meletakkan tangannya di atas kepala lembu itu dan menyembelihnya di hadapan Aku, Yehuwa.+
-
-
Imamat 16:6Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
6 “Kemudian Harun mesti mempersembahkan lembu jantan itu sebagai korban dosa untuk dirinya sendiri. Dengan cara ini, dia akan memohon pengampunan dosa bagi dirinya+ dan keluarganya.
-