PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Ulangan 32:35
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 35 Akulah yang akan menuntut pembalasan, dan Akulah yang akan membalas kejahatan.+

      Akan tiba masanya apabila mereka tersandung;+

      Hari pembinasaan mereka sudah dekat,

      Dan segala yang menanti mereka akan datang dengan segera.’

  • Yosua 24:19
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 19 Kemudian Yosua berkata kepada mereka, “Adakah kamu benar-benar dapat menyembah Yehuwa? Dia Tuhan yang suci+ dan Dia ingin kamu menyembah-Nya sahaja.+ Jika kamu gagal berbuat demikian, Dia tidak akan mengampunkan kesalahan* dan dosa-dosa kamu.+

  • Roma 2:5
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 5 Kamu keras kepala dan enggan bertaubat. Oleh itu, kamu sedang mengundang kemurkaan Tuhan yang akan diperlihatkan pada hari kemurkaan-Nya, dan Dia akan menghakimi dengan adil.+

  • 2 Petrus 2:4
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 4 Malaikat-malaikat yang berdosa tidak terlepas daripada hukuman Tuhan.+ Dia melemparkan mereka ke dalam Tartarus*+ dan merantai mereka dalam kegelapan yang pekat* untuk menahan mereka sehingga hukuman mereka dilaksanakan.+

  • Yudas 14, 15
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 14 Henokh,+ keturunan ketujuh daripada Adam, juga bernubuat mengenai mereka dengan berkata, “Lihatlah! Yehuwa* datang bersama puluhan ribu malaikat-Nya yang suci+ 15 untuk mengadili semua orang,+ dan untuk menyatakan kesalahan semua pendosa yang tidak menghormati-Nya. Tuhan berbuat demikian kerana mereka melakukan bermacam-macam kejahatan dan kerana mereka melemparkan kata-kata celaan terhadap-Nya.”+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi