-
Imamat 11:21-24Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
21 “‘Daripada segala jenis serangga bersayap yang boleh merayap, kamu hanya boleh makan serangga yang mempunyai kaki untuk melompat di atas tanah. 22 Inilah serangga yang boleh dimakan: Belalang biasa, cengkerik, dan pelbagai jenis belalang juta.+ 23 Semua jenis serangga bersayap lain yang boleh merayap merupakan sesuatu yang haram bagi kamu. 24 Sesiapa yang makan serangga itu akan dianggap najis. Sesiapa yang menyentuh bangkai serangga-serangga itu akan dianggap najis sehingga matahari terbenam.+
-
-
Ulangan 14:7Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
7 Tetapi kamu tidak boleh makan binatang yang hanya memamah biak atau yang hanya mempunyai kuku yang terbelah sepenuhnya. Jangan makan unta, arnab,* dan tikus gunung,* kerana semua binatang itu memamah biak tetapi tidak mempunyai kuku yang terbelah sepenuhnya. Binatang-binatang itu harus dianggap haram.+
-