PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Imamat 11:46, 47
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 46 “‘Demikianlah peraturan-peraturan mengenai binatang darat, makhluk terbang, hidupan air, dan binatang kecil di darat yang hidup berkelompok. 47 Dengan itu, kamu dapat membezakan binatang yang haram daripada binatang yang tidak haram, dan binatang yang boleh dimakan daripada binatang yang tidak boleh dimakan.’”+

  • Ulangan 14:4-20
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 4 Inilah binatang yang boleh kamu makan:+ Lembu, bebiri, kambing, 5 rusa, kijang, antelop, kambing hutan, bebiri hutan, dan bebiri gunung. 6 Kamu boleh makan semua binatang yang kukunya terbelah sepenuhnya dan yang memamah biak.* 7 Tetapi kamu tidak boleh makan binatang yang hanya memamah biak atau yang hanya mempunyai kuku yang terbelah sepenuhnya. Jangan makan unta, arnab,* dan tikus gunung,* kerana semua binatang itu memamah biak tetapi tidak mempunyai kuku yang terbelah sepenuhnya. Binatang-binatang itu harus dianggap haram.+ 8 Jangan makan babi kerana babi mempunyai kuku yang terbelah sepenuhnya tetapi tidak memamah biak. Binatang itu harus dianggap haram. Jangan makan daging binatang-binatang itu dan jangan sentuh bangkainya.

      9 “Inilah hidupan air yang boleh kamu makan: Semua jenis hidupan air yang mempunyai sirip dan sisik.+ 10 Tetapi kamu tidak boleh makan semua hidupan air yang tidak mempunyai sirip dan sisik. Semua binatang itu harus dianggap haram.

      11 “Kamu boleh makan burung yang tidak dianggap najis. 12 Tetapi kamu tidak boleh makan semua burung ini: Burung rajawali, burung helang laut, burung nasar,+ 13 burung lang merah dan burung lang hitam serta semua jenis burung lang, 14 semua jenis burung gagak, 15 burung unta, burung hantu, burung camar, semua jenis burung falkon, 16 burung hantu kecil, burung hantu bertelinga panjang, burung swan, 17 burung undan, burung hering, burung dendang air, 18 burung bangau, semua jenis burung pucung, burung hudhud, dan kelawar. 19 Semua jenis serangga bersayap yang hidup berkelompok juga merupakan sesuatu yang haram bagi kamu dan tidak boleh dimakan. 20 Kamu hanya boleh makan makhluk terbang yang tidak dianggap najis.

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi