PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Ulangan 28:7
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 7 “Yehuwa akan mengalahkan musuh-musuh yang bangkit untuk menentang kamu.+ Mereka bersekutu untuk menyerang kamu, tetapi kemudian mereka akan lari bertempiaran.+

  • Yosua 23:10
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 10 Satu orang dalam kalangan kamu akan mengusir satu ribu orang,+ kerana Yehuwa, Tuhan kamu, berperang untuk kamu,+ sebagaimana yang telah dijanjikan-Nya.+

  • Hakim-Hakim 7:15, 16
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 15 Sebaik sahaja Gideon mendengar tentang mimpi orang itu dan makna mimpi itu,+ dia sujud menyembah Tuhan. Kemudian dia kembali ke perkhemahan orang Israel lalu berkata, “Bersedialah! Yehuwa sudah menyerahkan tentera Midian ke dalam tangan kamu.” 16 Selepas itu dia membahagikan 300 orang askarnya kepada tiga pasukan. Dia memberi setiap orang trompet+ dan bekas besar yang berisi obor.

  • Hakim-Hakim 15:15, 16
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 15 Dia menjumpai tulang rahang keldai yang baru mati. Dia menghulurkan tangannya untuk mengambil tulang itu lalu menggunakannya untuk membunuh 1,000 orang.+ 16 Kemudian Simson berkata,

      “Dengan tulang rahang keldai, aku membunuh 1,000 orang.

      Dengan tulang rahang keldai, aku menyebabkan mayat musuh bertimbun-timbun!”+

  • 1 Tawarikh 11:20
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 20 Selain itu, terdapat tiga orang lagi pahlawan yang gagah. Salah seorang daripada mereka ialah Abisai,+ abang Yoab,+ dan dia merupakan ketua mereka. Dia pernah membunuh 300 orang dengan tombaknya, dan kemasyhurannya setanding dengan tiga orang pahlawan Daud yang paling gagah.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi