-
Keluaran 27:1, 2Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
27 “Buatlah sebuah mazbah daripada kayu akasia.+ Mazbah itu haruslah berbentuk segi empat, berukuran kira-kira dua meter panjang, kira-kira dua meter lebar, dan kira-kira satu meter tinggi.*+ 2 Buatlah tanduk-tanduk+ pada keempat-empat sudutnya, dan tanduk-tanduk itu akan menjadi sebahagian daripada mazbah. Semuanya haruslah disaluti tembaga.+
-
-
Keluaran 30:1-3Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
30 “Buatlah sebuah mazbah daripada kayu akasia, sebagai tempat membakar kemenyan.+ 2 Mazbah itu haruslah berbentuk segi empat, berukuran 44.5 sentimeter panjang, 44.5 sentimeter lebar, dan 89 sentimeter tinggi.* Tanduk-tanduknya akan menjadi sebahagian daripada mazbah.+ 3 Salutilah seluruh mazbah itu dengan emas tulen, iaitu bahagian atas, semua sisi, dan tanduk-tanduknya. Pasangkan bingkai emas pada bahagian atasnya.
-