PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Kejadian 41:51, 52
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 51 Yusuf berkata, “Tuhan telah membuat aku lupa akan semua penderitaanku dan rumah tangga bapaku.” Maka dia menamakan anak sulungnya Manasye.*+ 52 Dia menamakan anaknya yang kedua Efraim.*+ Dia berkata, “Tuhan sudah memberikan anak kepadaku di negeri aku mengalami kesukaran.”+

  • Kejadian 46:20
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 20 Anak-anak Yusuf yang dilahirkan oleh Asenat di Mesir ialah Manasye+ dan Efraim.+ Asenat+ ialah anak perempuan Potifera, iaitu seorang imam di On.*

  • Kejadian 48:17-19
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 17 Yusuf tidak suka melihat bapanya meletakkan tangan kanannya di atas kepala Efraim. Maka dia hendak memegang tangan bapanya untuk memindahkannya dari atas kepala Efraim ke atas kepala Manasye. 18 Yusuf berkata, “Ayah, janganlah begitu. Inilah anak yang sulung.+ Letakkanlah tangan kanan ayah di atas kepalanya.” 19 Tetapi bapanya membantah dan berkata, “Aku tahu, anakku, aku tahu. Manasye juga akan makmur dan keturunannya pun akan menjadi sebuah kumpulan yang besar. Tetapi adiknya akan menjadi lebih makmur daripadanya,+ dan dia akan mempunyai banyak keturunan sehingga menjadi bangsa-bangsa.”+

  • Bilangan 2:18, 19
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 18 “Tiga buah suku harus berkhemah di bahagian barat. Semua orang harus berkhemah dalam kelompok perkhemahan masing-masing menurut pasukan tenteranya. Suku Efraim akan mengetuai kelompok perkhemahan ini. Ketua bagi suku Efraim ialah Elisama+ anak Amihud. 19 Bilangan orang yang didaftarkan untuk menjadi askar dalam pasukan tenteranya ialah 40,500 orang.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi