PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Ulangan 2:30-35
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 30 Tetapi Sihon, raja Hesybon, tidak membenarkan kita melalui tanahnya. Yehuwa telah membiarkan dia berkeras hati+ supaya dapat menyerahkannya ke dalam tangan kita, seperti yang sudah berlaku sampai sekarang.+

      31 “Kemudian Yehuwa berfirman lagi kepadaku, ‘Aku akan menyerahkan Sihon dan tanahnya kepada kamu. Maka pergilah dan taklukilah tanahnya.’+ 32 Apabila Sihon keluar bersama semua tenteranya untuk menyerang kita di Yahas,+ 33 Yehuwa, Tuhan kita, telah menyerahkannya kepada kita, sehingga kita dapat mengalahkannya, putera-puteranya, dan semua rakyatnya. 34 Pada masa itu, kita menawan dan memusnahkan semua kotanya, serta membunuh semua lelaki, perempuan, dan kanak-kanak di situ. Kita tidak membiarkan seorang pun hidup.+ 35 Kita hanya mengambil ternakan dan barang-barang berharga dari kota-kota itu.

  • Ulangan 29:7
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 7 Kemudian apabila kita sampai ke tempat ini, Raja Sihon dari Hesybon+ dan Raja Og dari Basan+ datang untuk menyerang kita, tetapi kita mengalahkan mereka.+

  • Hakim-Hakim 11:19, 20
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 19 “‘Selepas itu orang Israel menghantar utusan kepada Sihon, iaitu raja orang Amori yang memerintah di Hesybon. Orang Israel berkata kepadanya, “Izinkanlah kami melalui negeri tuan, kerana kami hendak pergi ke tanah kami sendiri.”+ 20 Tetapi Sihon tidak mempercayai orang Israel dan tidak mengizinkan mereka melalui negerinya. Sihon bahkan mengumpulkan seluruh angkatan tenteranya lalu mereka berkhemah di Yahas. Apabila mereka berperang melawan orang Israel,+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi