PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Bilangan 21:21-26
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 21 Selepas itu, umat Israel menghantar beberapa orang utusan kepada Sihon, raja orang Amori, dengan pesanan berikut:+ 22 “Benarkanlah hamba sekalian melalui negeri tuanku. Hamba sekalian tidak akan melalui ladang atau kebun anggur tuanku, dan hamba sekalian tidak akan minum air dari mana-mana perigi tuanku. Hamba sekalian hanya akan berjalan melalui Jalan Raja sehingga hamba sekalian keluar dari negeri tuanku.”+ 23 Tetapi Raja Sihon tidak membenarkan orang Israel melalui negerinya. Sebaliknya, dia mengumpulkan semua tenteranya lalu pergi ke Yahas untuk menyerang orang Israel yang sedang berada di kawasan padang belantara.+ 24 Namun orang Israel mengalahkannya+ dan merampas negerinya,+ dari kawasan Lembah Arnon+ sampai ke Yabok+ yang terletak berhampiran kawasan orang Ammon. Tetapi mereka tidak menakluki Yaezer,+ kerana Yaezer terletak di sempadan negeri orang Ammon.+

      25 Demikianlah orang Israel merampas semua kota itu. Mereka menduduki semua kota orang Amori,+ termasuk Hesybon dan kota-kota di sekelilingnya. 26 Hesybon merupakan kota milik Sihon, raja orang Amori yang telah berperang dengan raja orang Moab. Sihon telah merampas semua tanah milik raja orang Moab, termasuk kawasan-kawasan Lembah Arnon.

  • Ulangan 2:26, 27
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 26 “Kemudian aku menghantar beberapa orang utusan dari padang belantara Kedemot+ untuk menghadap Sihon, raja Hesybon, dengan pesanan* berikut:+ 27 ‘Benarkanlah hamba semua melalui negeri tuanku. Hamba semua hanya akan berjalan melalui jalan besar, dan tidak akan menyimpang ke kiri atau ke kanan.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi